Monday 25 May 2009

Aktiviti 18hb Mei 2009 hingga 24hb Mei 2009







Alhamdulillah. Itulah kalimah yang sepatutnya diungkapkan setiap di antara kita. Tak kira yang 'baru' atau yang 'lama'. Seharusnya yang 'lama'lah lebih-lebih lagi menuturkan kalimah tersebut. Manakan tidak, hidup dah lama, kerja dah lama, merasa nikmat dunia pun dah lama dan bermacam-macam lagi lama. Bagi yang 'baru', aku baru hidup saja, baru kerja saja dan baru nampak dunia saja...Itulah kita...dan macam tu lah dok ada kehidupan kita. Macam-macam alasan yang kita bagi.
Bagi yang dah berkeluarga dan bekerja seperti aku ni...betul-betul banyak bersyukur jika dibandingkan dengan sahabat-sahabatku di Palestin.
Walaupun seminggu sampai beberapa kali pekena Lee Fah Mee, namun mereka yang berada di bumi Palestin, tak tentu hala makan mereka. Walaupun hampir dua bulan tidak bersama keluarga tercinta, sahabat-sahabatku di bumi Palestin dah lama 'kehilangan' keluarga. Apa-apa pun bersyukurlah kita. Kalau kita susah, akan ada orang lain yang lebih susah. Walau bagaimanapun hidup perlu diteruskan..tak kira apa jua halangan yang berada di depan. Suka pun 'redah', tak suka pun kena juga 'redah'.
Minggu ni aku memang tak keluar out station. Dok melangut depan komputer pejabat..layan sistem pangkalan data pejabat. Best jugak berjam-jam terbeliak depan PC sambil pekena kopi Radix. Biasalah.. nak selesai satu putaran kerja ambil masa beberapa jam. Lewat sikit makan hari, lagi lewat makan minggu, lagi lewat makan bulan. Sedar tak sedar nanti nama naik..tak sempat pulak nak habiskan kerja....kena cunggit pi ke tempat lain.
Sebut pasal nama naik ni dan kena cunggit, 2 orang sahabatku di Bumi Kenyalang ni bertuah. Sorang ke Pahang dan sorang ke Johor. Tahniah buat Saudara Zulkifli Mohamad ( ke Pahang ) dan Saudara Rashdan ( ke Johor ). Tak sempat aku nak berkawan lama dengan hampa kat Sarawak ni. Maaf juga aku tak sempat nak pi farewell kalian. Semoga kalian $ŭ¢¢ĕ$$ .....
Kalau tak silap aku saudara Zul ( panggilan manja En Zul ) dah hampir 9 tahun kat Sarawak. Walau dah lama kat sini..bahasa Kelate tetap menjadi pojaan hatinya. Mai lah ribut, petir ka, banjir ka...tetap maintain.
Lain pulak Saudara Rashdan ( panggilan manja Dan ). Hampir 5 tahun kat sini..dah boleh bertutur dengan baik bahasa Sarawak. Manakan tidaknya..dapat 'Cikgu' Sarawak. Tak lain dan tak bukan..Puan Raudhah..isterinya daaa...
Semasa cerita ini dikarang, Dan serta isteri sekeluarga dan sahabat-sahabat sedang berada di LTAB Kuching bagi mengucapkan selamat jalan kepada beliau yang akan ke Johor 10 malam ni (24/5/2009). Semoga Allah memberi kekuatan iman dan fizikal kepada Dan serta Raudhah...aku tak nak cerita panjang bab ni..sebakkk..

Antara aktiviti minggu ni :-
i. 18/05/2009 – Usrah / halaqoh di rumah Ustaz Saleh
ii. 22/05/2009 – Main badminton kat Taman Sentosa Batu 7.
iii. 23/05/2009
- Shopping di Sarikin
- Pekena Laksa Penang di rumah Zarimy
- Main badminton di Samariang
- BBQ di rumah Ahmad Nazri Abdullah
iv. 24/05/2009 – Tanam pokok daun kari ( daun karapole )

Monday 18 May 2009

Senasib...

Persatuan Orang Bujang Semenanjung
Cerita bab pindah ni sempat aku berkongsi cerita bersama rakan-rakan yang seangkatan denganku sewaktu membawa Tn Hj Nazron ke rumah sewa sahabat-sahabat bujang.
Nazron di tempatkan bersama Sabri (Selangor), Hj.Hairuddin (Terengganu), Shahrin (Melaka) dan seorang kawan baharu ditukarkan ke Kuching.
Pakat-pakat borak la pasal transfer ni..masing-masing meluahkan perasaan. Ada yang terpaksa meninggalkan keluarga di kampung datang seorang diri ke Bumi Kenyalang ini. Apapun ini semua adalah ketentuan Ilahi. Mana tau kat sini ada lagi rezeki lebih.
Kami bercadang hendak melakukan aktiviti bulanan seperti membaca Yasin dan Tahlil setiap rumah..sesekali buat solat hajat agar kami semua berada dalam keredhaan Ilahi....tungguuu....

Selamat Datang


Mengumumkan ketibaan Tn Hj Nazron ke Bumi Kenyalang
Selamat Datang Ke Bumi Kenyalang. Itulah ungkapan pertama buat Tn Hj. Nazron setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Sarawak pada 10hb Mei 2009. Beliau tiba pada pukul 12 tengahari di waktu perutku agak lapar. Maklumlah, pagi-pagi hanya bersarapan kentang putar dan teh tarik bersama Ahmad Nazri Abdullah merangkap 'pemandu pelancong' aku sejak mula datang kat Sarawak ni.
Bawalah aku Tn Hj pusing-pusing kat Kuching ni sebelum pulang dulu ke rumah aku…untuk kuarantin daaa…
Sebelah petang lepas Asar bawa Tn Hj pi cari bantal. Maklumlah datang sini sehelai sepinggang..kesian Tn Hj. Apa pun keceriaan terpancar di wajahnya. Aku pun tahu macamana perasaan sewaktu dapat fax kena pindah dan 'terpaksa' meninggalkan kampong halaman dan juga anak isteri.
Walau apapun yang terjadi pindah tetap kena pindah. Mana ada tuan rumah nak bagi duduk lama-lama kat rumah sewanya.

Friday 8 May 2009

Happy Birthday

Sarikei: 08hb Mei 2009

Hari ini merupakan tarikh kelahiran ku yang ke 34. Tanpa ku sedar umurku semakin meningkat dan semakin tua rasanya aku. Syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan umurku.
Semalam 07hb Mei tarikh lahir anakku yg sulung Nurhannah..dah masuk 9 tahun..(bertudung hitam)
Aku menerima beberapa mesej Happy Birthday dan Selamat Hari Lahir dari isteri, anak2 , abah dan adik2ku.
Rasa sungguh sebak bila membaca mesej2 tersebut..maklumlah bila berada jauh dari keluarga.
Malam ni aku meraikan hari lahirku bersama sahabat sepejabat yang outstation bersamaku..Busrah dan Mohd Shahril..bermalam di Dragon Inn Sarikei. Murah saja cajnya RM120 (3 katil termasuk sarapan pagi).
Rasa sakit satu badan bila travelling ni. Esok nak balik ke Kuching pulak.
Mulai hari ini aku akan belajar buat blog..banyak perkara yg aku nak kongsikan dan akan kusimpan sehingga akhir hayatku.