Sunday 28 June 2009

Cabaran 'Camel Trophy'

Inilah 'off road' untuk ke kem balak

Bagi laluan.....kena berhenti kat tepi jalan.

Isyarat ni kena tengok betol-betol...

Lunch ala kadar......

Tengok betol-betol 'balak elektrik' tu..kayu berlian.

Sebahagian balak yang telah ditebang.

Dari kiri pengurus kem, SHO, pemandu 4x4, aku dan 'Mamu' Ismail

" Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya...(Surah Al-Hijr -Ayat 19 hingga 24).
Minggu ni aku berkesempatan keluar outstation ke Bintulu bersama Mamu Ismail (Kader Pertanian). Kami berdua dikehendaki menjalankan siasatan kemalangan dan audit sektor pembalakan.

Kami menaiki 'belon' ke Bintulu. Kuching ke Bintulu hanya 55 minit naik belon. Kalau ikut darat mau pi 9 jam. Sekali-sekala tak apa, kalau selalu mau tulang belakang bengkok. Penerbangan lancar, lebih kurang 8.30 pagi dah sampai Bintulu.
Wakil syarikat telah lama menunggu di LTB (Lapangan Terbang Bintulu). Kami terus dibawa menaiki kenderaan 4x4 menuju ke pejabat terdekat. Di sini kami hanya bersarapan mee segera sorang semangkuk. Bagi orang macam aku ni, mee segera macam makan nasi saja...
Nasi bungkus, sardin, minuman dan pelbagai makanan siap dibawa. Maklumlah nak masuk ke kem balak.
Untuk pengetahuan semua..perjalanan nak masuk ke kem balak ini lebih kurang 100km sahaja dan 'cuma' mengambil masa lebih kurang 3 jam pergi dan 3 jam balik. Ini kira dekat lagi kata seorang kawanku.
Jalan nak ke sana Allah saja yang tahu..penuh dengan cabaran. Sekeliling masih ada lagi hutan-hutan tebal. Selisih dengan lori balak naik 'seriau' kawe. Cuaca yang kering membuatkan mata pedih dan tekak rasa dahaga. Jalan ke kem ini ada undang-undangnya sendiri. Sekejap ikut kanan dan sekejap ikut kiri. Tak ikut undang-undang ini boleh mengakibatkan kemalangan.

Walau penat macamana pun, aku tetap rasa seronok kerana dapat merasai cabaran 'Camel Trophy' dan melihat pokok akasia yang sedang ditanam semula.

Thursday 18 June 2009

Perjalanan Masih Jauh..

Dok tunggu 'belon' kat Limbang

Saya dah 'tunggu' nak balik, dah dekat 4 tahun

Peta Negeri Sarawak Bumi Kenyalang

Bumi Allah ini tersangat luas. Itulah yang boleh aku katakan, malah di dalam Al-Quran juga banyak menyebutnya. Lihatlah sendiri peta Sarawak. Kesempatan bertugas di bumi bertuah ini akan aku gunakan sepenuhnya melihat sendiri kebesaranNya. Rupa-rupanya banyak lagi tempat yang masih belum aku jelajah. Minggu ini berkesempatan ke Limbang dan Miri. Macamana nak ke Limbang/Miri? Boleh ikut darat, boleh juga ikut udara. Aku dan Bang Din (kader pertanian) ambil 'belon'.

Jadual perjalanan :-

15.06.2009 Kuching ke Miri. Bermalam di Hotel Dynasty Miri.

16.06.2009 Miri ke Limbang. Bermalam di Hotel Prime Limbang.

17.06.2009 Limbang ke Miri. Bermalam 2 hari di Miri Hotel.

19.06.2009 Miri ke Kuching.

Kata Bang Din..bila kita berjauhan dengan keluarga terutama 'outstation' ni, hati kita akan bertambah dan sentiasa mengingatiNya.
Ya Allah Ya Tuhanku, kuatkanlah fizikal dan mentalku. Lindungilah isteri dan anak-anakku dari ancaman orang-orang yang zalim. Tabahkanlah hati isteri dan anak-anakku. Hanya padaMu aku berserah dan hanya padaMu aku memohon pertolongan. Aminnn...


Saturday 13 June 2009

Kemana Menghilang


Sebenarnya aku pulang bercuti ke Penang. Macam-macam urusan nak kena buat. Mana dengan urusan pindah keluarga, pindah anak sekolah, kenduri kahwin, ziarah keluarga, 'farewell' aku dan paling best PRK Penanti. Manakan tidak..kawasan tempat aku menyewa. Walau bagaimanapun Alhamdulillah proses demokrasi masih subur...


Perkara yang lebih penting adalah perpindahan seluruh keluargaku ke Kuching. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit kesulitan namun kesabaran tetap diuji.


Anak-anakkulah yang paling gembira. Mula dari rumah dah bising nak naik bang (naik kapal terbang). Terima kasih kepada pengurusan JKKP. Sorang dihantar..lagi 5 aku bawak mai.


Kalau tak kena pindah tak merasalah nak naik 'bang'. Sebagai nasihat..jom pakat2 kita pindah.

Pindah tak berapa sedap sebut..'HIJRAH' nampak lebih lembut.


Hanya orang yang berhijrah sahaja tahu pahit manisnya.

Ehhh apalah aku dok merapu ni...aku dah dok Kuching laaa...