Tuesday 28 July 2009

Mercu Tanda Baharu Sarawak

Tersergam indah mercu tanda Sarawak
Betul-betul bertentangan Water Front
Sempat bergambar dengan Senior GM tapak bina ( Cina Penang )

PERASMIAN KOMPLEKS DUN SARAWAK ( BAHARU )
TARIKH : 27hb Julai 2009

Hari ini tercatat lagi satu sejarah bagi rakyat negeri Sarawak apabila Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baharu bernilai hampir RM300juta dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Majlis ini juga adalah bersempena Persidangan Majlis Raja-raja di mana Sarawak adalah tuan rumah. Pada sebelah malamnya ada perarakan kapal ( bot-bot ) berhias dan mainan bunga api. Sayang sekali aku dan keluarga tak sempat pergi kerana keletihan pi makan nasi ayam penyet.

Aku dah beberapa kali pergi Kompleks DUN baharu ini semasa proses pembinaan di peringkat terakhir. Inilah peluang melihat dari dekat dewan tempat bersidang, auditorium, pejabat Ketua Menteri dan senibina bangunan ini adalah antara yang tercantik di kebanyakan DUN.

Kalau dilihat betul-betul, semua rekabentuk bangunan ada corak sembilan bucu atau sembilan sisi. Kedudukannya di tepi sungai menambahkan lagi warna keemasan dan berseri-seri.

**Kalaulah rumah aku kat Tmn Guar Perahu Indah siap...cobaannn!

Monday 27 July 2009

Laut Membiru Bukan Pemisah


MANDI LAUT
TARIKH : 26hb Julai 2009
TEMPAT: Pantai Pasir Pandak Santubong.

Balik dari qiamullail di Masjid Al-Muttaqin Kota Samarahan terus ke program di Masjid Al-Muhajirin Matang Jaya. Sebelah petang sebelum solat Asar, anakku yang sulung kejutkan.." abah..bangunlah.. kata nak bawa kami pi pantai...". Mata aku yang masih mengantuk cepat-cepat ku buka seluas-luasnya. Memang anak-anakku kalau dah janji dok sebut yang tu lah selagi tak tertunai.

Di sini tiada pilihan lain untuk mandi pantai. Pantai Pasir Pandak ini paling dekat dengan rumah aku lebih kurang 25km. Kebetulan sebelah petang air pasang..boleh tahan jugak airnya. Gambar kat atas cuma hiasan saja. Aku cuma sebagai 'beach boy' saja kerana anak-anakku sungguh teruja mandi laut.

Petang-petang kat pantai ni ramai jugak yang mandi manda. Tak jauh dari pantai ni ada sebuah lagi pantai iaitu Damai Laut ( Pantai Santubong ). Dekat sangat dengan Gunung Santubong.

Lepas mandi kena rojak buah semangkuk..dalam perjalanan pulang berselisih dengan kenderaan polis yang mengiringi mana punya VIP. Kat Kuching dua tiga hari ni meriah, mana dengan Jom Hebohnya, Mesyuarat Majlis Raja-raja di mana Kuching menjadi tuan rumah dan Regatta Sungai Sarawak. Aku kalau majlis yang ramai-ramai ni bukan sesuai sangat dengan jiwa..nak keluar takut jalan 'jam'..boleh tahan 'jam' kat Kuching ni. Bagus jugak sekali sekala pi mandi laut ni..sekurang-kurangnya nasi kat rumah disapunya licin..( lepas mandi perut lapaq )

" Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab ( Lauh Mahfuz ) yang terang nyata."
Ayat 59 Surah Al-An'aam

Bulan Puasa Hampir Tiba

Fasi-fasi yang sungguh mesra
Ainol kusyuk dengan anak-anak buah
Tepuk semangat...sekali lagi....
Selamat Hari Lahir Sayang


KEM AULAD BESTARI ( KAB )
TARIKH : 26hb Julai 2009
TEMPAT: Masjid Al-Muhajirin, Tmn Matang Jaya, Kuching.
" Jom Berpuasa "

Program setengah hari ini terbuka kepada semua kanak-kanak berumur di antara 6 tahun hingga 12 tahun. Pada mulanya jawatankuasa kurang pasti kehadiran peserta kerana pada hari tersebut ada program Jom Heboh di Kuching. Biasanya program bagi membentuk sahsiah anak-anak kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan program yang lebih 'heboh'.

Syukur Alhamdulillah keseluruhan peserta yang hadir adalah seramai 50 orang.
Pelbagai pengisian menarik seperti mari menghafal, mari bercerita, jom muhasabah diri dan bermacam lagi dapat dijalankan dengan lancar. Fokus adalah tentang kedatangan bulan puasa.

Anak-anak yang lahir pada bulan Jun & Julai turut diraikan dengan diberi kek hari lahir. Sebagai galakan setiap anak-anak ini diberi 'gula batu' ( gula-gula ) bila soalan yang diberikan berjaya dijawab. Penanda buku niat berpuasa diberikan sorang satu moga-moga terlekat di dalam hati mereka.

Tahniah kepada krew-krew KAB kerana berjaya membawa pesawat dengan baik walaupun Ketua Krew – Cikgu Kartini tidak dapat bersama menjaga anaknya yang kurang sihat di rumah.

" Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahi ( hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat )" –
Ayat 64 Surah Al-'Ankabut.

Monday 20 July 2009

"Satu Tekad" Sek. Keb Temenggong

Lambang keunggulan Cikgu Hamzah dan rakan-rakannya
Berikan ku sebaris kata..untuk ku susuri jalan gelita...
Bro Zack dengan anak-anak angkatnya
Sama-samalah kita jadi bapa yang soleh

Semoga menjadi anak yang solehah

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR
TARIKH : 17hb hingga 19hb Julai 2009
TEMPAT : SEK.KEBANGSAAN TEMENGGONG PADAWAN SARAWAK.

Kelab Aulad Bestari ( KAB ) Sarawak telah dijemput untuk memenuhi slot bermula pada 18hb ( 9.30 malam hingga 12.00 malam) . Keesokan harinya untuk slot penutup.Seramai lebih kurang 45 orang pelajar tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini diwajibkan hadir. Ada juga peserta Non Muslim turut serta.

Zie telah memulakan pogram dengan melakukan aktiviti ice-breaking , Cikgu Hamzah dengan 'provok'nya, Cikgu Kartini dengan cerita-cerita syahdunya, Rozie dan anak Ust Suudi dengan kamera videonya dan Bro Zack dengan PA sistemnya.

Semua ini dibuat bagi mengembalikan semangat pelajar-pelajar dan membuatkan mereka sedar akan pentingnya usaha ibu bapa mengasuh dan membesarkan mereka menjadi anak yang berjaya. Mana ada ibu bapa di atas muka bumi ini mahukan anak-anaknya jadi tak tentu hala?

Program sebegini bukan setakat pelajar sahaja yang syahdu..aku yang berada di situ pun 'merambu' juga ayaq mata. Apa tidaknya..dah la berjauhan dengan ibu bapa, mulalah teringat kat lepa di kampong tu. Teringat kata abahku "Mie belajaqlah rajin-rajin, biaqlah elok daripada abah nii..."

Semoga pelajar SK Temenggong Sarawak akan menjadi pelajar yang berjaya dunia dan akhirat.

Sunday 19 July 2009

Tahniah Qari Sarawak


18 Julai - Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman dari Perak mengekalkan gelaran juara qariah manakala Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan dari Sarawak muncul juara qari pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 di Dewan Canselor Universiti Petronas (UTP) di sini malam ini.

Mereka menewaskan 27 peserta lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang bermula Selasa lalu.
Sharifah Khasif yang memperoleh 80 markah menerima hadiah wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan, cenderamata, pakej haji dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.
Awangku Omar Asfuaddin yang menerima 81 markah turut menerima hadiah sama yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Sementara itu, peserta tuan rumah, Anuar Hasin muncul naib juara qari selepas memperoleh 80.33 markah diikuti Abdullah Abdul Wahid dari Sabah di tempat ketiga dengan 79.67 markah.

Johan qari tahun lalu, Shamsul Ariffin Supian dari Perak sekadar mendapat saguhati.
Bagi kategori qariah pula, Nor Azrah Ayub dari Johor di tempat kedua selepas mendapat 79.67 markah mengatasi Normalina Alias dari Wilayah Persekutuan di tempat ketiga dengan 76.33 peratus markah.

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan RM5,000 serta cenderamata dan sijil penyertaan.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

## Kat Sarawak ni memang ramai qari & qariah yang berbakat. Sebelum Solat Jumaat akan berkumandang suara asli (bukan tape) dapat didengar melalui corong-corong speaker masjid.Begitu juga setiap kali ada hari kebesaran Islam, setiap masjid dan surau akan mengadakan aktiviti seperti berzanji, nasyid, ceramah dan sebagainya.

Monday 13 July 2009

Bersukan Sihatkan badan

Zie diisytiharkan 'pemenang' bagi semua kategori
Cuba teka, 1 kilo turun, 2 kilo naik?
Semoga anak isteriku gembira di bumi bertuah ini


MARI BERSUKAN SIHATKAN BADAN
TARIKH : 12hb Julai 2009
TEMPAT :
1. RIVERSIDE BOWLING KUCHING – 10pagi hingga 12 tghr
2. PUSTAKA NEGERI SARAWAK – 5.00 ptg hingga 6.30 ptg

Pantang dicabar! Sebut saja nak main bowling, tangan aku dah mula menggeletar. Kelam-kabut pagi-pagi lagi ke Pasar Satok beli barang dapur bersama keluarga.
Buka kotak cari di mana beg bowling aku. Kali terakhir main adalah semasa pertandingan persahabatan antara kawan-kawan JKKP Penang awal tahun 2009.

Masih dalam ingatan detik bersama-sama sahabat di sana main bowling kat MegaLane dan Summit BM..cukup meriah. Det..mana 'skill' hang? Mana tangan besi Krie? Syam yang hayun bagai nak pecah lantai dan macam-macam lagi aksi ngeri hampa kat sana? Jangan lupa, solat jangan tinggal!

Aku dah mula main bowling kat sini dengan sahabat-sahabat KRJ (Kelab Remaja Jim) Kuching. Bro Zack, Zie dan Razak. Yang lain tu masih menyimpan 'skill'.
Tak banyak pilihan tempat main kat sini. Walau bagaimanapun riadah kena berjalan. Anak aku Muhammad pun dok geram nak main. Sabaq sat anak abah!!

Sebelah petang pula berkumpul lagi di Pustaka Negeri Sarawak. Kat sini ada sebuah tasik dan dekat sangat dengan Masjid Negeri Sarawak. Berjalan satu pusingan, bagi ikan makan kat dalam kolam..cukup mengembirakan hati anak-anak. Yang paling meletihkan adalah semasa 'senaman perut', habis roti kahwin, cucur udang, kepak ayam bakar, sirap dan air oren.

Aktiviti ini boleh dilakukan seminggu sekali, macam kat SPT..Bang Mat Habuna akan hantar SMS...Jom PATT kat........????? PATT adalah 'PAGI AHAD TAK TIDUR'.
Kalau yang ada basikal tu boleh la mengayuh, yang ada pancing boleh la mengail, yang ada raket boleh la 'smash', yang ada 'tajak' boleh la menebas..kalau yang tak ada apa-apa....LU PIKIR LA SENDIRI.

"MAJULAH SUKAN UNTUK DIRI SENDIRI"

Sunday 12 July 2009

Kita Kena Sabar OK!

Fasilitator sedang asyik memberi penerangan

Peserta sedang 'asyik' mendengar .Hang faham ka En. Ali?

Man Chin ngan Cik Pah tetap kusyukkk....

Kuatkan iman kita OK!OK!OK!

KYT PROGRAM " ZERO ACCIDENT "
TARIKH : 8hb Julai 2009
TEMPAT : JKKP SELANGOR DARUL EHSAN

Aku terbang ke Selangor pada 07hb Julai 2009 jam 2.00 petang sampai lebih kurang 4.00ptg. Tunggu Nahar ( JKKP Perlis ) dan Izad (JKKP Kedah) kat KLIA. Bermalam di Hotel Summit Subang Jaya. Biasalah dah lama tak jumpa pelbagai cerita dapat dikongsikan. Bertanya tentang keluarga, pejabat, politik dan sebagainya.
Bawa ole-ole kek lapis saja bagi kat Nahar. Kat hotel ni rupa-rupanya bos bahagian siasatan kat Penang pun ada...tak syak lagi Cik Pah Nurol..apa habaq Cik Pah..?

Esok paginya 8hb Julai terus ke JKKP Selangor. Inilah first time sampai kat sini. Biasalah..masa kat Penang aku ni jarang orang nampak. Sempatlah aku jumpa sahabat-sahabat lama seperti Zul Apek (Zulhelmi Yusuf), Man Chin (Azman Husin), Sharudin Ali, Ali Ludin dan ramai lagi.

Bengkel 1/2 hari ni memang sempoi sikit..banyak belajar OK! OK! OK!.
Apa yang menarik Fasilitator dari Jepun ni cuba sungguh-sungguh untuk menerangkan program yang telah lama mereka laksanakan di Jepun untuk mencapai ''Zero Accident"

Sempat bertanya khabar sahabat-sahabat yang senasib dengan aku berhijrah ke negeri-negeri lain.

Sahabat A : Aku setiap minggu balik ziarah keluarga. Sampai sakit belakang punya dok bawa kereta.

Sahabat B : Tak tau la sampai bila aku nak jadi macam ni, hidupku dah tak berapa nak terurus.

Sahabat C : Sama-samalah kita berdoa agar kita semua selamat dan sihat!

Itulah luahan beberapa orang sahabat yang 'berhijrah' dan ada beberapa luahan sahabat-sahabat ini yang tak tergamak aku nak siarkan...begitu ??? sekali..Allah saja yang tahu. Sesungguhnya 'sabar itu adalah sebahagian dari iman'

Terima kasih Nahar dan Izad. Aku sampai Kuching 8.30 mlm.

Saturday 11 July 2009

Usrah / Halaqah

Ustaz Saleh yang sentiasa 'cool'
Dari kiri Bro Z, Hazim, Bakhtiar & Asri.
Di bawah dari kanan Dr Khairul & Fazer


USRAH / HALAQAH MINGGUAN
TARIKH : 6hb Julai 2009 – 8.30mlm

Minggu ini rumah aku jadi 'host' pulak. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi datang.

Ustaz Saleh sebagai naqib memulakan bacaan ayat Quran pada sebahagian Surah Al-Mulk. Surah ini ada 30 ayat dan merupakan surah yang ke-67.

Antara intisari kandungannya:
1. Allah menegaskan adanya hidup dan mati makhluk adalah untuk menguji dan menzahirkan keadaan mereka siapakah yang lebih baik amalnya.

2. Seluruh alam ini diciptakanNya dengan rapi dan tiada cacat celanya.

3. Diceritakan juga peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari khiamat dan balasan buruk yang akan diterima oleh orang yang kufur.

4. Segala apa yang kita dapat haruslah kita mensyukurinya dan amatlah sedikit orang yang bersyukur.

Dibacakan juga Ustaz Saleh ayat 61 & 62 dari Surah Yasin.
61. " Dan (Aku perintahkan):hendaklah kamu menyembahKu;inilah jalan yang lurus". 62. " Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka ) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan dan insaf"

Apa sahaja perkara yang menyesatkan adalah Syaitan.

Sama-samalah kita membaca dan memahami tafsir surah-surah di atas.

**teringat masa kat SPT..(Ust Rozee, Akh Hamizat, Bro Amir, Umar,Khaizul,Khalid dll)-hafal jangan tak hafal...

Sunday 5 July 2009

Sedikit Sumbanganku..

Wajah-wajah ceria anak-anak Sarawak
Generasi masa hadapan yang cemerlang

Makan & minum berjamaah


KEM AULAD BESTARI ( MOTIVASI UPSR 2009 )
TARIKH : 4hb Julai 2009 hingga 5hb Julai 2009
TEMPAT: Biro Wanita, Kuching Sarawak
"Aulad Bestari Warisan Harapan"

Program yang aku turut serta pada minggu ini adalah salah satu program yang cukup menarik dan sebagai salah seorang fasilitator, aku berasa sangat teruja dan secara tak langsung dapat mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak yang sentiasa mempunyai pelbagai karenahnya. Aku ditugaskan untuk memberi tazkirah Maghrib dan Subuh bertajuk "Al-Quran & Sains". Biasalah.. Powerpoint Dr Hisyamudin Alham menjadi rujukan.

Zaman kanak-kanak aku tak banyak program sebegini. Dulu-dulu mana ada projektor, PA sistem yang canggih dan bahan-bahan motivasi yang best. Lihatlah zaman sekarang yang serba canggih dan 'segera' ini pelbagai peralatan ada..yang semestinya dapat digunakan untuk berdakwah. Kalau tak kepada orang lain..sekurang-kurangnya kepada ahli keluarga sendiri.

Terima kasih kepada team KAB Kuching ( Kak Ummi + Cikgu Hamzah, Bro Zack + Zie, Ainol (kumpulan nasyid Hawary), Cikgu Shukri, Razak, Rozie, Bismie dan lain-lain ) serta tidak lupa kepada YDP Jim Sarawak Ust Suudi kerana sudi menerima sahabat dari semenanjung ini.