Monday 31 August 2009

Merdeka!


TARIKH : 31hb Ogos 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Hari ini genaplah 52 tahun negara tercinta Malaysia merdeka. Buat temanku R.Buvan tak taulah apa erti merdeka bagi dirinya.

Selamat datang ke Negeri Sarawak! Itulah yang mampu aku ucapkan bila bertemu Buvan di Lapangan Antarabangsa Kuching. Katanya syok jugak naik kapal terbang ni. Inilah kali pertama beliau naik kapal terbang. Macam aku jugak la masa mula-mula mai sini. Betullah..kalau tak kena tukar ke sini alamat tak merasa la naik belon.

Kepada Buvan dan juga rakan-rakan aku yang lain (ramai yang akan berhijrah), tabahkanlah hati kalian. Sesungguhnya bumi Allah ini luas..pergilah kamu mencari rezeki di mana-mana tempat di muka bumi Allah ini..tentu ada rezeki untuk kamu.

Pesanan Dr Danial..kamu jaga dua sod iaitu solat dan juga sabar! Insyaallah..kamu akan berjaya.

3R-Remaja Raikan Ramadhan

PROGRAM 3R – REMAJA RAIKAN RAMADHAN
TARIKH : 29hb ~ 30hb Ogos 2009
TEMPAT : Bangunan HIKMAH Petra Jaya. Kuching.

Program 3R yang julung kali diadakan, telah dianjurkan oleh Kelab Remaja Hikmah ( KRH ) dengan kerjasama Kelab Remaja Jim ( KRJ ) berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Hampir 100 orang peserta termasuk fasilitator menjalankan pelbagai aktiviti yang bertemakan "Mencari Rahmat Mengharap Keampunan"

Penutup program telah disempurnakan oleh YB Fadillah iaitu Ahli Parlimen Petra Jaya di mana dalam ucapannya beliau mengharapkan program yang sebegini diteruskan pada masa akan datang. Beliau selaku Timbalan Menteri Sains dan Innovasi amat tertarik dengan kreativiti program 3R yang banyak menggunakan persembahan multimedia sebagai bahan tarbiyah..syabas KRH & KRJ.

#Foto-foto tak dapat disiarkan kerana masalah teknikal

Teruskan Perjuangan

Kenangan di Bumi Kenyalang takkan kulupakan

Bumi kenyalang memang tempat kelahiranku..Raudah

TARIKH : 28hb Ogos 2009

Minta ampun dan maaf kiranya ada sebarang kesalahan atau kesilapan semasa bekerja di JKKP Sarawak.

Hari ini merupakan hari terakhir Pn Siti Haslinda dan juga Pn Raudhah di JKKP Sarawak. Kedua-dua pegawai ini akan berpindah masing-masing ke Negeri Sembilan dan Johor. Bagi Pn Siti, pengalaman selama hampir satu setengah tahun banyak memberinya kekuatan samaada kekuatan fizikal dan juga mental. Beliau merupakan penumpang tetap MAS dan Air Asia, boleh dikatakan setiap minggu berulang alik dari Kuching ke Johor Bahru. Jiwa seorang isteri dan ibu sudah pasti gelisah memikirkan suami dan anak-anak yang jauh di mata. Namun segala doa yang dipohonnya termakbul juga akhirnya...

Bagi insan yang bernama NurRaudah pula inilah rezeki yang tidak diduga apabila dapat naik pangkat dan dipindahkan ke satu pejabat dengan suami tercinta Rashdan.
Mungkin kali ini hari raya paling bermakna buat kedua-dua pasangan suami isteri ini.

Kepada kedua-dua orang pegawai ini selamat meneruskan perjuangan. Doa-doakanlah moga-moga kawan-kawan di sini dapat pulang pula.....Sesungguhnya doa-doa di dalam bulan yang mulia ini cukup makbulll...AMINNN!!!

Friday 14 August 2009

Jamuan Perpisahan Samuri & Shahril

Woww..amacam? Sedap tak?

Cangkul..jangan tak cangkul...

Inilah Samuri..bukan tauke 'Sate Samuri' tuu..

Selagi tak habis kita jangan balik!!

Amboiii Hj Ahmad kita..lupa sekejap kampung halaman..

Bila lagi yang bertopi tu??? Macamana pun Jenal akan naik 36 ke Miri

Aduuhhh...Abe Brie..dah boleh senyummm...

Bro Din, Bro Nazri Abdullah & Bro Suhaimi...sampai 'mengah' tibai steamboat

Kalau nak tau yang sebelah Samuri tu adalah MJ. Bukan Micheal Jackson tapi...
( Mamu Jarum ). Gelihati dengaq MJ bercerita zaman Kilang Padinya.

Walau ke Sabah sekalipun..Sarawak tetap dihatiku...Shahril Ramli

Lain macam isyarat bagus tu? Bagitau la Pak Iee...

Tanpa belas kasihan..segala sotong, udang dan ketam berkubur dalam kuali...

Yang terakhir sampai ke garisan penamat...Mahaza & Hj Nazron

TARIKH : 14hb Ogos 2009
TEMPAT: Restoran Pot & Grill. Matang.

Memang meriah! Secara peribadi aku dapat merasakan suasana kekeluargaan ada pada setiap warga JKKP Sarawak pada malam ini. Pada malam ini sebenarnya ada jamuan perpisahan buat ahli keluarga JKKP Sarawak iaitu Bro Samuri & Bro Shahril. Jamuan yang diadakan secara 'ad-hoc' yang diatur oleh En Bahari dan En Nazri Che Daud ini ada sedikit kelainan. Menu yang pasti menyelerakan adalah steamboat. Biasa dok pekena ikan bakaq sekali-sekala tukar selera.

Majlis makan bermula pukul 8.10 malam. Kata orang tua-tua..lauk dok panas-panas jangan dok biaq...nanti sejuk tak sedap. Selepas perut dah separuh terisi, Abang Long Bahari memulakan ucapan aluan dan memberi kata-kata nasihat kepada adik-adiknya. Seterusnya ucapan oleh Bro Samuri. Bagi peluang kat dia ni..mau tengah malam baru boleh berhenti..maklumlah duduk kat Sarawak hampir 4 tahun..dah tentu banyak cerita. Tidak lupa kepada Bro Shahril bagi peluang untuk bersuara ( orangnya agak pemalu )

Sebenarnya majlis ini juga diadakan sebagai tanda kesyukuran kerana seorang lagi ahli keluarga JKKP Sarawak telah melangsungkan perkahwinan pada 06/08/2009. Dalam ucapannya beliau memaklumkan akad nikah sudah...kenduri belum lagi...
Macamana pun kami semua fahammmm..
Dalam Islam kalau bertunang..eloklah didiamkan..dan kalau berkahwin..elok diwar-warkan..dan diraikan..

Untuk makluman, Bro Samuri akan berpindah ke JKKP Terengganu naik 36...tapi tarikh sebenar belum diketahui kerana mohon penangguhan..mau tidaknya...dua orang anak kesayangan nak ambil peperiksaan UPSR & SPM tahun ini. Kalau tak jadi pindah..Bro Samuri pulak buat kenduri kat kita! Kalau sahabat-sahabat dalam situasi sebegini macamana????

Bro Shahril pulak akan ke Labuan. Kata saja ke Labuan. Naik 41.pusing-pusing ke Kota Kinabalu dululahhh…( pejabat belum ada daaa….) .
Duduk di Sarawak hampir dua tahun setengah. Tahniah juga kepada beliau kerana pada 26hb September ini akan melangsungkan perkahwinan. Maka seluruh warga JKKP akan turun memeriahkan kenduri beliau.

Kepada sahabat-sahabat yang naik pangkat, yang baru menjadi suami dan akan menjadi suami...semuanya diucapkan banyak-banyak tahniah dan jangan lupa setiap antara kita ada AMANAH yang perlu dijaga.

**malam tu aku balik baju bau asap...

Sunday 9 August 2009

Walimatul Urus

Feri Kota Samarahan..7 minit saja perjalanan. RM2 pergi balik naik kereta.
Bila air cetek perkhidmatan ditangguhkan sehingga air pasang.
Feri Batang Sadong. Lebar sungainya lebih kurang 7x ganda Sg Muda.
15 minit juga perjalanan. RM2 pergi balik.
Anakku kata " Bila kita nak naik feri Pulau Pinang?"

TARIKH : 09hb Ogos 2009
TEMPAT: Simunjan.

Cuaca yang berjerubu dan keadaan anak-anak dan isteri yang kurang sihat cuba aku gagahi untuk memenuhi jemputan kenduri perkahwinan adik Cikgu Lia iaitu cikgu Pasti yang mengajar anakku kat taman yang aku duduki. Pasti terletak selang sebuah dengan rumah aku. Cikgu ni dah ajar wife aku buat kek Sarawak.

Perjalanan dari Kuching mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Ada dua cara nak ke Simunjan. Pertama melalui UNIMAS – Kota Samarahan – naik feri Kota Samarahan – Asahjaya – naik feri Batang Sadong – Tg Pisang.
Kedua melalui Uitm – Asahjaya – naik feri Batang Sadong– Tg Pisang. Jalannya boleh tahan..yang bestnya naik feri..sungainya luas sungguh tambang feri cuma RM2 pergi balik bagi kereta. Kira boleh buat solat jamak la..lebih kurang 120km lebih. Tak perlulah diceritakan beberapa kali aku sesat sampai naik pening. Takut jugak..tayar kereta dah botak. Dari mula sampai kereta ke sini tak sempat lagi nak servis.

Sign board kurang. Minyak petrol jual dalam botol saja yang ada kat kawasan ini. Kalau sesat tanya orang kat sini dia akan bawa tunjuk jalan. Tarak sombong punya. Kebanyakan orang kat sini bekerja sebagai nelayan dan peladang kelapa sawit.

Mat Det sempat talipon bertanya khabar. Aku cakap nak ke jemputan kenduri di Samarahan..siap perli aku..." hang memang perlu berkawan dengan rami orang kat Sarawak pasai hang nak dok lama kat sana ". Tak pa Det....lia ala senyummm. Hang ingat dah pernah kena pindah Sarawak, tak kena tempat lain lagi ka?

Pukul 10.00 pg bertolak..2.15 ptg baru sampai. Tetamu semua dah balik. Sempat aku berbual dengan tuan rumah perbelanjaan kenduri.

Aku : Berapa kos untuk seekor kambing?
Tuan rumah : Tak mahal..cuma RM1500 sahaja seekor. Itu pun jenis biasa bukannya yang bertelinga labuh.
Aku : Lembu pulak pakcik?
Tuan rumah : Lembu biasanya RM3500 seekor.
Aku : Dalam hati ' Kalau raya korban kat sini betul-betul berkorbannnn '

** Tuan rumah merupakan Pengerusi PBB Tg Pisang

Minggu Yang Menguji Fizikal & Mental

Pintu gerbang nak ke Bintulu Lumber - ingatkan Jurassic Park
Sempat bergambar bersama Pengurus Kilang di depan rumah tetamu
Yang ni la pelakon iklan DiGi....duduk dekat dengan dia ada 4 bar signal

TARIKH : 04hb ~ 07hb Ogos 2009

Tuhan saja yang tahu...itulah yang boleh aku katakan. Minggu lepas aku ke Bintulu. Ingatkan dah boleh berehat sikit. Ada pulak kes maut di sebuah kilang kat Miri. Kali ini aku dan Hj Nazron ( Hj Yon ) diamanahkan ke Miri. Nak ringkaskan cerita....

04hb Ogos
– 6 pagi aku pi jemput Hj Yon kat rumah..terus ke LTAB Kuching, letak kereta kat DCA..tawakal saja letak kat sini. Flight dari Kuching ke Bintulu 7.30 pg.
– 8.30pg sampai la Bintulu. Terus pi ambil kereta pejabat di DCA Bintulu. Sarapan di Bintulu..isi tangki perut betul-betul.
– Hj Yon pandu kereta dari Bintulu ke Miri melalui jalan pantai ( jalan baharu ). Ini kali pertama aku dengar Hj Yon mengeluh...penat bebbb..jalan kat sini sempoi..macam bawak kuda..beralun-alun. Kiri kanan perjalanan kami banyak pembakaran terbuka yang menyebabkan jerebu yang sangat teruk. Jarak penglihatan agak terbatas. Dalam perjalanan sempat sms pengarah P.Pinang. Rupa-rupanya lepa dok meeting jabatan.
– 2 petang sampai Miri. Check in di Dynasty Hotel. Pi terus ke kilang buat siasatan kemalangan. Selesai pi Mini Stadium Miri..ada pulak kren nak di periksa. 6 petang kat sini dah nak gelap ooiiii…
– Selesai periksa kren terus pi makan malam…dari tengahari belum makan lagi..
– Tidoq awal..letihhhh

05hb Ogos
- 8 pagi dah pi satu tapak bina buat suprise visit sebab akan ada perasmian oleh YB Menteri kat sebelah site tu dua minggu lagi. Kat sini construction 7.30 pagi dah jalan kerja.
- Pi lagi 2 tempat kerja dan selepas 1.30 tghr terus ke Bintulu.
- Dari Miri ke Bintulu ikut jalan lama. Ada dua ladang sawit nak kena buat inspection. Kalau ikut perancangan tu dah kira betul laluannya. Tapi apakan daya...terlajak terlalu jauh..lebih 70km saja. Pusing dalam estate boleh sesat.
- Ada satu kilang sawit lagi yang nak kena pi. Kata pengurus kilang dari simpang jalan besar cuma 24km. Apa nak buat..24km dengan jalannya yang tidak bertar...menyebabkan kami terpaksa bermalam di Rumah Tetamu di ladang sawit Bintulu Lumber..nak balik ke Bintulu jalan gelap dan berdebu..thank you Mr Wong bagi kami lojing di sini. Malam tu hanya makan malam 'mee segera'.

06hb Ogos
- Seawal 7.30 pagi kami keluar dari estate terus ke Bintulu. Sepanjang perjalanan dari estate ke Bintulu jumpa ular tedung & ular katam tebu atas jalan perkara biasa. Buat siasatan kemalangan maut di MLNG Bintulu. Rafizal & Syarudin dah lama tunggu.
- Wife aku pulak talipon..keempat-empat orang anakku demam. Dari jauh hanya mampu aku berdoa kepadaNya semoga dilindungi anak-anakku dari sebarang bahaya dan bencana. H1N1 di Sarawak menular dengan cepatnya. Kat Sarawak dah lama tak hujan.

07hb Ogos
- Pagi-pagi lagi dah keluar dari Hotel Hoover pergi ke beberapa kilang
- Kelam-kabut pi hantar barang kes ke Jab Kimia Bintulu dan hantar kereta pejabat sebelum 5.00 petang.
- 9.00 malam sampai di rumah dengan disambut oleh anak-anak kesayangan. Mereka sememangnya memahami abahnya keluar mencari rezeki dan kalau diceritakan susah payah bekerja di bumi bertuah ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Sunday 2 August 2009

Dari kiri Dominic, aku & Syarudin
Inilah Tamu ( Pasar ) Bintulu
Belacan yang telah dibungkus rapi....nyaman rasanya

PEMERIKSAAN ULANGAN ( Plant Shutdown )
TEMPAT: MLNG Bintulu
TARIKH : 29hb ~ 31hb Julai 2009

Aku diberi kesempatan untuk turut sama ke MLNG Bintulu. MLNG adalah milik syarikat Petronas Dagangan Berhad. Mengeluarkan pelbagai jenis bahan daripada petroleum. Di sini aspek keselamatan dan kesihatan amatlah dititikberatkan. Bayangkan setiap pekerja samada pekerja MLNG sendiri, kontraktor mahupun pegawai JKKP kena melalui pelbagai prosedur.

Setiap pelawat atau kontraktor akan diberi safety briefing lebih kurang 15 minit. Ini bagi memastikan setiap pelawat yang memasuki kawasan ini memahami prosedur-prosedur keselamatan yang telah lama dipraktikkan.

Aku, Dominic dan Syarudin pasukan yang dipilih untuk Plan MLNG Modul 1. Ada 100 unit lebih UPV yang perlu diperiksa. MLNG telah menyediakan sebuah kabin khas untuk kami berehat, tukar pakaian dan mengadakan perbincangan.

Pendek kata semuanya dilayan dengan baik. Kesempatan berada di Bintulu aku sempat shopping kat Tamu Bintulu. Kat sini paling popular adalah pengeluaran belacannya. Tanyalah siapa saja yang datang ke sini pasti tidak lepaskan peluang membeli belacan yang dibuat tanpa menggunakan mesin ( tumbuk sendiri ).