Wednesday 21 October 2009

Rajab Dah Jadi Suami

16hb Oktober 2009
Masjid As-Syakirin Bintulu

Hari ini JKKP Sarawak berbangga kerana salah seorang ahli keluarganya melangsungkan perkahwinan.

Ikatan persahabatan yang terjalin antara Rajab dan Norleta akhirnya dibuktikan dengan majlis akad nikah yang diadakan secara sederhana di Masjid As-Syakirin Bintulu.

Ya Allah ! Berilah aku kekuatan iman, kuatkanlah semangatku menghadapi dugaan...

Eeeeiii...kenapa tiba-tiba tanganku menggeletar niiii!!

Walaupun Rajab di Kuching dan pasangannya di Bintulu, jarak 600km bukanlah penghalang. Bak kata pepatah moden " jauh di mata dekat di telinga "...selalu pakai handphone daaaa ...

Alhamdulillah....lega, lega, lega..nyaman rasanya....

Sebelum majlis akad nikah dijalankan, tok kadi sempat bergurau..
Slot 1.
Tok Kadi : Pasangan perempuan setuju tak nak kahwin dengan Rajab?
Pengantin Perempuan : (senyum malu)....Setujuuu.....
Tok Kadi : Alhamdulillah....nasib baik setuju, kalau tidak kita semua kena berangkat pulanglah...

Ya Allah! Rahmatilah pasangan ini..jadikanlah mereka keluarga bahagia

Slot 2.
Tok Kadi : Baik Rajab..sekarang kita nak cuba akad nikah....aku nikahkan akan di kau dengan...... Rajab : ( dengan pantasnya Rajab menjawab ) aku terima nikahnya.......
Tok Kadi : Macamana saksi? Opss ini baru cobaan saja...betullah tu apa yang kamu lafazkan tadi..sabar ya..
Rajab : ( senyummmmm )

Semoga menjadi suami isteri soleh & solehah

Setelah tok kadi bergurau dengan Rajab akhirnya akad nikah sebenar dijalankan..Alhamdulillah..sekali akad sahaja Rajab berjaya menerima 'amanah' yang paling berharga! Mungkin Rajab dah 'coba' banyak kali latihan akad nikah.

Selamat Pengantin Baru Rajab..semoga berbahagia selalu kekal hingga ke akhir hayat dan Insyaallah hingga akhirat.


Zainal ( kiri ) cuba mendapatkan 'aura' dari Rajab...Insyaallah..tak lama dah tuuu..

" Wahai pemuda, barangsiapa di antara kamu yang sudah sanggup untuk berkahwin, maka kahwinlah, kerana kahwin itu lebih merendahkan pandanganmu dan memelihara kehormatanmu. Barangsiapa yang tidak sanggup kahwin, maka berpuasalah kerana puasa itu akan menurunkan keinginan syahwat "- Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Balik dari Bintulu terus pi cari sebiji kek sempena hari lahir anakku Nurhasanah..dah masuk 5 tahun.

Latihan Pemeriksaan Dandang 2- Mukah

14hb & 15 Oktober 2009
Mukah Power Generation Sdn Bhd

Kali ini seramai 25 orang pegawai JKKP telah 'berkampung' di Mukah.
Rombongan telah diketuai oleh En. Rafizal & Pn Hazeha merangkap jawatankuasa pengelola program.

Terima kasih Kak Rashidah ( Esot ) menjemput kami makan malam...

Aduhhh letihhh..tadi naik bot, naik bas..nak naik apa pulak lepas ini....sakit belakang ooiii!

Pegawai berkumpul di Sibu menaiki bot express. Sayang aku tak dapat ikut serta naik bot sebab naik kereta jabatan bersama Tan & Ridwan.

Mukah! Sebut sahaja Mukah ramai yang tarik muka nak ke sana sebabnya jalan dari simpang utama Sibu-Bintulu agak teruk.

Ini kali ketiga aku ke Mukah. Alhamdulillah sekarang jalanraya dah semakin baik. Perjalanan semakin singkat rasanya walaupun mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Kanak-kanak Mukah diraikan di Ramah Tamah Aidilfitri

Rombongan disambut meriah. Pada sebelah malam ( 14hb ) kami semua dijemput menghadiri Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Mukah Power Generation Sdn Bhd. Ramah Tamah ni kalau kat Semenanjung samalah macam Rumah Terbuka.

Sanak saudara sedang menunggu..di hari mulia bertemu mesra...( Lagu Raya Hail Amir )

Tengok anak orang, teringat anak sendiri.....

Lepa ni awat lama sangat dok interview...lapaq dah niii...

Aku cadang nak beli boiler sebijik..nak guna buat keropok lekor lepas pencen.. Hj Hairuddin

Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut mata dah naik laliiii....

Di Mukah Power Generation Sdn Bhd latihan yang diberikan adalah tentang 'ujian stim'. Seperti biasa Tn Hj Dasuki akan 'menurunkan' segala ilmu yang ada.

Pukul 2 petang aku, Tan & Ridwan pulang ke Bintulu kerana menyambung tugas pemeriksaan.

Antara rumah panjang sepanjang jalan ke Mukah...cantikkan?
Rumah aku jugak yang tak siap-siap kat Penanti!!!

Terima kasih kepada Mukah Power Generation Sdn Bhd dan urusetia JKKP yang bertungkus lumus menjayakan program ini sehingga seluar semakin ketat....


Salah satu tonggak 12 dalam perkhidmatan awam adalah " Keseronokan Bekerja ". Tak kira siapa pun kita sebagai penjawat awam..jadikanlah kerja kita suatu perkara yang menyeronokkan dan jadikanlah kerja sebagai satu ibadah.

MPN JIM Sarawak

10hb Oktober 2009
Brilliant Kindy Bintulu


Ustaz Suudi ( YDP Sarawak kiri ) menyampaikan cenderahati kepada SU Pusat Tn Hj Nahar


Mesyuarat perwakilan negeri ( MPN ) JIM Negeri Sarawak telah diadakan dengan jayanya.

Setiap cawangan telah menghantar wakil masing-masing termasuklah dari Kuching Utara / Selatan, Miri dan Bintulu sendiri.

Perasmian telah disempurnakan oleh Tn Haji Nahar selaku SU JIM Pusat.
Dalam ucapan, beliau menyeru setiap ahli JIM bergerak secara konsisten dalam apa saja program.
Wawasan yang perlu dicapai adalah ' Mewujudkan Barisan Umat Islam Yang Melindungi Malaysia & Alam Berasaskan Syariah Islam

Tahniah kepada semua perwakilan yang telah terpilih untuk mengisi setiap jawatan dalam saf kepimpinan JIM Sarawak.
YDP : Ust. Suudi Arof
TYDP : Faiz Sahri
S/U : Mostafa
TSU : Cikgu Syukri ( CS )
Bendahari : Iskandariah Roslan
AJK : Yaacop, Amir, Zuhairi, Taib, Norazah, Dewi & Balkis.

Tahniah juga kepada seluruh jawatankuasa baru JIM Pulau Pinang yang telah dilantik. Semoga Allah memberkati setiap usaha kalian.


" Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih. Iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasul Nya dan berjihad di Jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. "
( Surah as Saff : 10-11)

Sunday 11 October 2009

Latihan Pemeriksaan Dandang ( Boiler )

09hb Oktober 2009
Gedong Palm Oil Mill

Bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran, pihak pengurusan JKKP Sarawak telah mengadakan latihan amali di Gedong Palm Oil Mill.

5 buah kenderaan telah digunakan untuk ke kilang Gedong yang dihadiri seramai 20 orang pegawai. Perjalanan dari pejabat mengambil masa satu jam 15 minit.

Tn Hj Dasuki 'menurunkan' sepenuhnya ilmu berkaitan pemeriksaan dandang (boiler).

Amboiii..letih sakan..duduk macam nak makan kenduri

Bagi kawan-kawan yang diluar JKKP, boiler adalah satu jentera yang digunakan untuk menghasilkan stim. Banyak digunakan di kilang-kilang kelapa sawit dan sebagainya.

Sijil ( CF ) akan dikeluarkan 15 bulan sekali. Inilah salah satu aktiviti kerja pegawai JKKP. Pegawai perlu masuk ke dalam boiler untuk membuat pemeriksaan. Nak tahu lebih lanjut layarilah http://www.dosh.gov.my/

Cepat Besar Wahai Anakku..

08hb Oktober 2009
Selamat Hari Lahir Muhammad.



Anak ku yang keempat ( hero buat masa kini ) menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-3. Dah besar anak-anak abah.


Kalau kita nak tahu cepat atau tidak masa berlalu..lihat-lihatlah perkembangan anak-anak kita.


Aku baru habis membaca sebuah buku " Cinta Di Rumah Hasan Al Banna " karangan M Lili
Nur Aulia. Rasanya banyak lagi yang aku perlu perbaiki untuk menjadi Bapa Yang Soleh.
Terima kasih Dewi kerana menghadiahkan buku tersebut. Ada buku terbaru nak bagi lagi boleh juga...atau bagi harga diskaun.

Sesungguhnya pembuat dasar pergerakan dakwah moden seperti Hassan Al Banna telah memberi contoh bahawa yang merasakan sentuhan pertama nilai pendidikan seseorang da'ie, justeru orang terdekatnya. Jika ia seorang ayah, maka isteri dan anaknyalah yang merasakan sentuhan pertama. demikian pula bila ia adalah seorang ibu.
( Dra. Hj Wirianingsih)

Nazri Ke Penang & Rashidah Ke Sibu


Pejam celik, pejam celik sekejap sahaja masa berlalu.
Begitu juga dengan aku, sekejap sahaja aku rasa dok di Sarawak ini. Dah 7 bulan. Kalau 9 bulan tu rasanya orang mengandung dah bersalin. Sebabnya masa tidak menunggu kita. Begitu pantas masa berlalu.

Tak terlambat ku ucapkan..Selamat Pengantin Baru..Semoga Kekal hingga Akhirat ...

Kalau bulan Mac 2009 aku masuk JKKP Sarawak, jumlah kakitangan tidak sampai 60 orang, tapi sekarang dah mencecah hampir 90 orang. Begitulah..ada yang datang dan ada yang pergi. Sebagai kakitangan awam, seharusnyalah kita bersedia untuk
" Berkhidmat Untuk Negara"
Minggu ini ada 2 orang lagi ahli keluarga JKKP Sarawak yang akan berpindah ke tempat lain. Pertama Nazri Che Daud akan ke JKKP P. Pinang dan Rashidah (Esot) akan ke RTM Sibu.

Nanti kami semua tujukan lagu di RTM Sibu..bolehkan?

Antara rakan-rakan seperjuangan ..kenang kami dalam doa mu...

Kata Nazri & Rashidah..kalau ikutkan nak tinggal lagi di Kuching..apakan daya.Sedih jugak terpaksa meninggalkan kawan-kawan. Namun sebagai tanggungjawab kakitangan awam, tugas untuk negara dan rakyat haruslah didahulukan.

Seperti biasa pejabat adakan jamuan perpisahan untuk mereka. Kami semua di JKKP Sarawak sentiasa mendoakan kalian tabah dan terus bersemangat di tempat baru.

Monday 5 October 2009

Keindahan Bersama-Mu Darul Falah

TARIKH : 03hb & 04hb Oktober 2009
TEMPAT : Institut Dakwah Darul Falah , Jln Kuching / Serian.

Kelab Remaja JIM ( KRJ ) Kuching sekali lagi ' Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa' dengan menjalankan program Keindahan Bersama-Mu ( KBM ) di Institut Dakwah Darul Falah , Jln Kuching / Serian.

Program ini adalah anjuran bersama Kelab Remaja JIM, Kelab Remaja Hikmah & Kelab Anak Didik Darul Falah.

Seperti berada di kawasan peranginan dengan udara yang tenang dan damai..

Alhamdulillah jumlah peserta yang terkumpul pada program ini terdiri daripada 30 peserta lelaki (adik sayang ) dan 46 peserta perempuan ( adik kasih ). Adik-adik KARISMA seramai 5 orang, urusetia Darul Falah 5 orang dan Jawatankuasa KBM seramai 12 orang.

Bagi aku yang dari luar Sarawak berasa bertuah kerana dapat bersama-sama dalam program ini dan Institut Dakwah Darul Falah Jalan Kuching/Serian dahulunya merupakan pusat pendidikan Islam yang tersohor di Sarawak harap-harap akan kembali menyinar.

Teruskan perjuangan..ramai lagi akan ikut 'penerbangan' kalian

Semoga Allah membuka pintu-pintu hati ini dalam mengerjakan kebaikan

Tahniah kepada Cikgu Syukri yang sentiasa membawa seluruh anggota keluarga datang ber ' KBM '. Tidak lupa juga kepada Zack & Zie serta anak beranak, Ainol Al-Hawari, sahabat-sahabat KARISMA yang sanggup meluangkan masa, urusetia Darul Falah dan team KBM... 'tabik spring' kepada kalian.
Sesungguhnya Allah jualah yang akan membalas segala usaha kalian.

Teringat tazkirah Al Fadil Ustaz Rozee…" Orang yang berjuang ke jalan Allah umpama seorang pemanah yang memanah musuhnya. Pahala yang pertama diberikan kepada pemanah. Keduanya diberikan kepada orang yang membuat panah dan ketiganya diberikan pahala kepada orang yang menyumbangkan segala usaha selain yang pertama dan kedua bagi memerangi musuhnya".

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang KBM layarilah kbm2u.blogspot.com

Sambutan Hari Raya JKKP Kuching

TARIKH : 02hb Oktober 2009
TEMPAT : Pejabat JKKP Sarawak.
Raya sebulan…ehhh betul ka? Apa-apa pun JKKP Sarawak turut sama meraikan Hari Raya Aidilfitri yang secara sederhananya diadakan di pejabat.

Bermula dengan mesyuarat bulanan dan kemudian makan. Ada nasi, laksa Penang, lemang, sate, kek lapis, macam-macam lagi kueh dan tidak lupa air gas.

Aku & Hj Munawar (berdiri) sempat berposing dengan rakan-rakan bahagian pentadbiran

Tn Hj Dasuki (kanan) menyambut tetamu yang hadir


Tetamu jemputan terdiri daripada ketua-ketua jabatan di bangunan Somerset Gateway. Semua rakan-rakan aku pakai pakaian yang sungguh lip lap lip lap!
Woow...melaram habis..ada yang baju baru sehari beli, ada yang bersampin baru. Dan dalam celah-celah tu ada yang pakai baju melayu lengkap tetapi kasut...'safety shoe'!
Biasalah kan...kerja di bahagian keselamatan dan kesihatan.

Antara 'teruna-teruna' JKKP Sarawak

Dah bertambah ramai ahli keluarga....

Bagi memeriahkan suasana, jawatankuasa majlis telah mengadakan pertandingan Kakitangan anggun. Kategori lelaki anggun jatuh kepada Bang Din dan wanita anggun Pn Hasanah...tahniah! Insyaallah pada tahun hadapan harap-harap akan ada pula kategori lain yang lebih menarik.

Tahniah kepada jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.


## Puasa sunat enam dalam bulan Syawal jangan kita tinggalkan...besar pahalanya..