Tuesday 27 July 2010

Masjid Al-Muhajirin Diserbu!

25hb Julai 2010-Masjid Al-Muhajirin Matang Jaya.

Seramai 256 orang pelajar di sekitar Kuching telah menghadiri Kem Aulad Bestari Siri 3/2010 yang diadakan di Masjid Al-Muhajirin Matang Jaya.

Program yang bertemakan "JOM PUASA" adalah kerjasama KRJ IKRAM Kuching dengan AJK Masjid Al-Muhajirin.

Sehingga pukul 8.30 pagi meja pendaftaran sesak dengan peserta dan ibu bapa yang hendak mendaftar.

Jika diikutkan..masih ramai yang ingin menyertai program KAB kali ini..tetapi apakan daya...

Pendaftaran dibuka pada pukul 7.30 pagi, namun begitu seawal pukul 7.00 pagi ramai peserta sudah membanjiri Masjid Al-Muhajirin.

Aktiviti mewarna dimulakan kepada semua anak-anak. Gambar yang diperlu diwarnakan adalah tentang Palestin. Pandai anak-anak ini mewarna sebab ada hadiah untuk kategori mewarna.

Seterusnya Kak Azie mengambil tempat bagi memulakan aktiviti antaranya ice breaking, jom riadah dan banyak lagi.

Aktiviti selesai pada pukul 1.30 tghr selepas solat zohor.

Terima kasih kepada semua Moderator & Fasi yang terlibat. Juga kepada AJK Masjid Al-Muhajirin dan tidak lupa kepada Penasihat yang berada jauh di mata..Ustaz Suudi.

Promosi berjalan dengan baik

Dari Sek. Keb Petrajaya + Sek. Keb Matang Jaya + Sek Keb Gita 1 & 2 serta banyak lagi...

Meriah dengan pelbagai karenah kanak-kanak...

Mujur dewan masjid luas....

Anak-anak harapan ibu bapa..

Tak cukup tangan Khairul bancuh air...fasi-fasi lain pun tak sempat berehat...

Penyampaian hadiah oleh Timb Pengerusi Masjid Tn Hj Mejar Sulaiman (bersongkok)

Kami akan datang lagiiii.......

Insyaallah... jumpa lagi di Kem Aulad Bestari yang akan datang dengan tema dan aktiviti yang lebih menarik!