Monday 31 December 2012

Mahalnya Wang Hantaran


Tiba-tiba saja aku terjumpa cerita ni. Sekadar berkongsi dengan kawan-kawan. Kalau ada anak-anak yang dah besar panjang tu..kena beringatlah..ATAU yang nak berkahwin lagi..lagi..lagi la kena beringat..

RAMAI pasangan gagal meneruskan perkahwinan hingga bercerai-berai kerana menghadapi tekanan emosi. Antaranya, akibat masalah tidak cukup wang belanja selepas hidup berpasangan atau setelah mempunyai cahaya mata.
Perunding motivasi dan kaunseling, Hushim Salleh berkata, kes sedemikian banyak berlaku kepada pasangan yang membuat pinjaman peribadi dengan bank atau institusi kewangan. Bahkan ada yang berhutang dengan pemberi pinjam tanpa lesen (ah long) bagi menyediakan wang hantaran dan kos kenduri.

“Ramai datang ke klinik kaunseling saya mengadu tertekan sebab terpaksa membayar hutang ketika melangsungkan majlis perkahwinan. Sedangkan perbelanjaan harian berubah bila dah hidup berdua dan beranak-pinak.

“Peringkat awal semua nampak manis. Cinta masih baru. Tak nampak kesan. Lepas berbulan atau setahun dua, pasangan itu akan rasa kesannya. Gaji tidak seberapa tapi hutang yang beribu kena bayar setiap bulan. Bayangkan kalau individu baru tamat universiti berkahwin secara berhutang,” ujar beliau.

Hushim menambah, sedia maklum pasangan baru tamat pengajian jika makan gaji tidak akan terus menerus menerima gaji lumayan. Selepas berkahwin banyak belanja hendak guna seperti duit sewa rumah, bil air dan elektrik, peralatan serta makan minum. Perbelanjaan makin bertambah setelah pasangan mendapat anak.

“Tapi gaji suami atau isteri dipotong setiap bulan sebab nak bayar hutang. Mungkin juga tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau sesetengah tu tolak hutang belajar.

"Secara psikologi bila tak cukup duit, biasanya pasangan saling mempertikai dan mengaitkannya dengan hutang wang hantaran dan belanja kahwin dulu,” jelas Hushim.

Tambahnya, akibat pertengkaran tidak berkesudahan, emosi pasangan terganggu serta tertekan. Mereka mula memikirkan semula diri pasangan hingga ada beranggapan tidak mengenali pasangan yang sudah dinikahi. Dalam erti kata lain ungkit mengungkit.

“Bila bertengkar, macam-macam perkataan disebut. Terkeluar sifat sebenar pasangan. Bergaduh setiap masa. Ketika inilah mereka terlupa soal cinta. Dah tak kenal cinta. Cinta jadi retorik semata-mata. Daripada cinta terbalik jadi benci.

“Masalah akan lebih teruk dan tidak berkesudahan kalau ada yang masuk campur keluarga kedua-dua pihak. Tapi tidak mampu menyelesaikan konflik. Kepada pasangan yang gagal mencapai persefahaman kebiasaannya mengambil keputusan bercerai.


“Ada kes seorang pensyarah buat kenduri kahwin besar-besaran. Tapi bercerai selepas 15 hari. Bila lalui kaunseling, puncanya sebab bertengkar dan ungkit mengungkit wang hantaran serta belanja kenduri.

“Waktu bersanding hanya ingat yang indah-indah. Tapi lepas selesai majlis, baru sedar terlalu banyak guna duit. Lalu saling menyalahkan sesama sendiri dan mula fikir tak sefahaman. Akhirnya bercerai,” akhiri beliau.


SUMBER SINAR HARIAN
ANITA ABU HASAN
FOTO: AZMI ARIANTO
31 Disember 2012

Sunday 30 December 2012

Segalanya Bermula Di Sini

Kuching - 29/12/2012 
Alhamdulillah hari ini selesai beberapa tugasan yang memerlukan tenaga dan wang ringgit. Seawal pagi sempat membawa puteri-puteriku ke sekolah mendaftar diri dan membeli buku-buku pelajaran.Tahun ini empat orang anakku bersekolah. Nurhannah tingkatan satu, Nurhanis darjah enam, Nurhasanah darjah tiga dan Muhammad darjah satu. Teringat kata-kata seorang teman..." Hang belanjakanlah apa saja keperluan budak-budak ni..Insyaallah aset masa depan.."

Jom ikut kami ke SK Petra Jaya
Cikgu Yakamiah dok terangkan apa yang perlu bayar..

Nurhasanah bersama guru kelas

Orang kuat SK Petra Jaya..Ustaz Pak Ya ( Zakaria )

Dari kanan Guru Besar Hj Abg Sapali dan Wak

Tahniah..YDP Cikgu Rakawi sendiri turun padang kutip tabung PIBG

Teringat zaman sekolah..

Jangan dok gelak kuat sangat..belajar rajin-rajin

Tengah hari pulak sempat ke Samarahan menghadiri majlis kesyukuran aqiqah anak Tn Hj Hadi               ( Pengerusi Masjid Al Muhajirin ).

Hj Hadi bersongkok hitam

Pak Cik Omar (baju merah) 'tersandaq' 

Hj Dawi (kiri sekali) mungkin terkenang sesuatu

Dari kiri..Yob, Hj Dawi, Hj Hadi, Ust Mohd Ahir & Hj Kassim

Petang pulak bawa Muhammad daftar sekolah dan beli buku-buku sekolah. Muhammad antara generasi kedua Sekolah Rendah Al-Amin Kuching








Malam sempat menjemput Fazli yang baru membawa keluarganya datang ke Kuching.

Selamat Datai Ke Sarawak



Sebagai makluman, hari ini merupakan hari yang cukup bersejarah di mana Jamaah Islah  Malaysia  dibubarkan. Namun segala usaha sebelum ini dibawa ke dalam Pertubuhan Ikram Malaysia..Semoga Allah memberkati segala usaha ini. JIM dalam kenangan...

Thursday 27 December 2012

Berkelah Bersama Keluarga

En Ariffin mengucapkan selamat datang ke Kg Belimbing

Sebahagian keluarga Ustaz Zaharudin 

Ayam pansuh...nyaman

Ali pi mana nii...

Cangkuii...

Damainya Kg Belimbing

Pantai Pasir Panjang

Sekarang agak bimbang nak pi mandi...ada Sang Bedal daaa

Aku Kembali


Berita terkini...berita terkini...

Insyaallah..aku akan kembali mengemaskinikan blog yang sedia ada.Menceritakan kembali peristiwa yang berlaku sepanjang hidupku.Sekurang-kurangnya dapatlah juga ditatapi oleh anak isteri serta rakan taulan.