Thursday 28 February 2013

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 3

27 Feb 2013 - Tiga tahun dahulu, Ali aku sangkakan sangat pendiam, tapi kini...penghibur di rumah. Selamat menyambut hari kelahiran. Semoga anak abah terus membesar sebagai anak yang soleh. Hari ini bawa pergi timbang di klinik. Alhamdulillah berat badan meningkat dengan usia.

Pakaian yang paling disukai ialah jersey Harimau Malaysia dan baju corak kartun. Apa sahaja minuman, tetap disebut 'air teh'. Kalau dalam telefon mesti cakap nak ais krim koko hitam legam.... Ali...Ali...Ali..

Tuesday 12 February 2013

Gong Xi Fa Cai

Gong Xi Fa Cai. 
Tahun ini merupakan Tahun Ular bagi orang Cina. 
Setiap tahun diharapkan agar sentiasa 'ong'.
Malam Tahun Baru Cina cukup meriah kat taman aku. Pong sana, pong sini. Memang best! 
Pesta bunga api free!
Hidup bermasyarakat ni tak boleh pentingkan diri. 
Antara perkara yang boleh membahagiakan adalah jiran yang baik.
Bila kali terakhir kita menegur jiran kita? 
Pepatah Melayu..Jiran sepakat membawa berkat..

Ringkas sahaja hidangan untuk tetamu..kalau raya puasa..?

Limau sebagai tanda nasib yang baik

Kunjung mengunjung dan bertanya khabar

Jiran sebelah rumah cukup seronok sambut kami sekeluarga

Uncle ni dah berumur 80 tahun lebih..masih sihat, jiran seberang jalan


Sunday 10 February 2013

Zon 8 Kuching, Bau, Lundu & Sematan

Jauh perjalanan banyak pengalaman. Itu pepatah melayu.
Dalam Surah Al-Ankabut Surah ke-29 ayat 56." Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Sesungguhnya bumi-Ku adalah luas    ( untuk kamu bebas beribadat ), oleh itu ( di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian ) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepada Ku ".
Hari ini aku sekeluarga bersama keluarga Amin, Ashraf, Karman dan Syafaril jalan-jalan ke Sematan. Muhammad anakku yang paling bising dari mula bertolak, asyik tanya bila nak sampai..
Sebagai langkah keselamatan pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan amalkan doa naik kenderaan

Konvoi bertolak dari Matang Jaya ke Sematan melalui FAC

Naik feri di Rambungan

Apa yang di perhatikannya..?

Posing bila dah bergelar suami nampak lain pulak..

Hero kecik yang pantang tengok air

Dapat izin Amin dan Karman

Feri yang cukup berjasa

Aksi kuak lentang bermula

Dapat tempat berehat istimewa

Ok la tempat ni..bersih dan tak banyak ikan salai

Baju hitam dan biru bakal bapak

Hero aku yang tak suka pakai pelampung

Yang ni merangkap penjaga kolam

Bukan kira dalam ka cetek..janji lompat





Lepas mandi dah tentu lapar..

Insyaallah nanti boleh datang lagi Palm Beach Resort
Solat kena jaga. Masjid Sematan



Pandan Beach Lundu boleh tahan juga tempatnya 

Air tengah pasang

Balik singgah beli lemang Batu 10 Matang

Jejaka-jejaka Malaya

Tiket feri setiap kereta In & Out 

Bukti dah sampai Palm Beach Resort Sematan
Mana-mana kita pergi jagalah solat, jagalah kebersihan dan jagalah segala-galanya kerana kita semua sedang diperhatikan...

Memelihara bumi adalah antara petanda keimanan ( rujuk al-A'raf : 85 ). Betapa banyak sumber penghidupan yang dicipta Allah SWT di bumi ( rujuk al-A'raf : 10 ). Jika manusia memanfaatkannya dengan wajarnya, maka hidupnya akan makmur dan sentosa. Malangnya ada manusia yang cenderung membinasakannya.




Saturday 9 February 2013

Selamat Hari Lahir Abahku..


09 Feb- Selamat Hari Lahir yang ke-62 buat abahku..Datuk Che Yen Osman. Datuk yang memiliki 7 anak, 6 menantu dan 14 cucu. Semoga terus bertenaga untuk berbakti kepada masyarakat.
Doakan juga anak, menantu & cucu agar menjadi soleh & solehah..

Thursday 7 February 2013

Aku Terima Nikahnya...

Selamat hari lahir dan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan. Terima kasih kerana menjaga diri ini serta anak-anakmu. Semoga menjadi isteri, ibu dan menantu yang solehah.