Tuesday 17 September 2013

Dugaannn..Cobaaann!

Sejak mula sampai di Miri ni macam-macam kejadian telah berlaku.
Ini semua aku anggap sebagai dugaan dan cabaran hidup.
Aku boleh senaraikan satu-satu di sini.
1. Thermost air rosak.
2. Along nak pindah sekolah.Baru sehari dok asrama dah nak cabut.
3. Mesin basuh 'bergegar'.
4. Isteri terkunci dalam bilik air.
5. Kunci rumah tertinggal kat dalam. Nasib baik aku tak 'outsation'.
6. Paip air rosak semasa aku 'outsation'. Terima kasih Amin kerana tolong jadi tukang paip.
7. Kereta kesayangan meragam dan tak boleh 'start', sekali dekat simpang nak pi Kastam, sekali tu tak jauh dari Sekolah Agama Miri & sekali di depan Meritz Hotel. Kena pulak time posa tu..
Amin dan Hafiz jadi tukang tarik.
8. Rantai motosikal jatuh dan sangkut semasa nak balik solat jumaat. Siap kena ligan dengan anjing..
9. Printer lama tak pakai dakwat kering..
10. Komputer (PC) kena format balik..

Mungkinkah semua ni disebabkan terhentak semasa dalam pengangkutan/pindah?
Ohh tidakk....ini semua cobaaaannn!
Banyak sangat jasa kekasihku nii..

Along...Along.....Along...kuatkan semangat! Tahun ni dah 3 buah sekolah berpindah.

Tuesday 10 September 2013

Kenali Rakan Seperjuangan Di Miri

Cawangan cuma ada 13 kakitangan.
Dengan pejabat yang luas dan selesa membuatkan sesiapa saja yang datang ke sini pasti akan terpesona.
Dihidangkan lagi dengan pemandangan Laut China Selatan yang menghampar mata hari terbenam.
Mesyuarat oh mesyuarat!

Apa yang dicatat aku pun tak tahu..

Sekali-sekala YB turun tengok kawasan

Siapa yang diraikan nii..

Selamat maju jaya Patrick di tempat baharu

Alhamdulillah...ni baru dapat sorang baby..nanti ada lagii nii...
'Salesman' ni memang bagus jual produk..

Pemandangan yang cukup indah...pantai pelantar minyak

Monday 9 September 2013

Nak Ambil Hati

Biasalah kan..kalau berpindah randah ni siapa yang suka..?
Kalau dok bujang tu rasanya tak la dok pikiaq banyak sangat.
Ni..mana dengan pindah sekolah anak, pi pejabat nu pi pejabat ni..
Nak cari rumah pun sepasal la..
Alhamdulillah semua itu ujian sahaja.
Bila keluarga dah nampak seronok..kita sendiri pun akan rasa bersemangat.


Mandi kolam budak-budak mana pun pasti akan teruja!


Yang dewasa pun apa kurangnya


Duduk kat Hotel Imperial..anak ramai sewa apartment senang sikit


Biaq sampai puas


Buangkan jauh-jauh kenangan lama dalam kolam tu..


Pantai satu lagi tempat menarik..


Amin bawa isteri rehatkan minda..


Yang penting dapat melihat kebesaran ciptaanNya


Pasir yang halus...


Nampak dah mula seronok...


Makan mesti mau ada baru bertenaga


1 1/2 jam juga nak sampai Pantai Bungai ni..berbaloi jugak


Tempat yang perlu disinggah walau di mana jua


Perjalananku masih panjang


Biar sampai terlentang letih...

Ku Kembali...

Aduhai...
Lama tak menjengok blog nii..kalau rumah dah tentu bersarang.
Isteriku rajin bertanya, cerita pi la dalam blog tu..boleh jugak kami di rumah ni membaca.
Nindiaa..sebagai menyahut cabaran dan tanda cintanya pada isteriku yang 'sorang' ni..

Aku nak mengasah kembali penulisan blog ini  dengan cerita penghijrahan ke Miri iaitu Bandaraya Peranginan.

Kuching 4 tahun dah kira ok la tu...sambung pulak di Miri ni..(berapa tahun pulak daa..)
Nak sampai ke Miri ni macam-macam berlaku dan aku percaya semua ini tuhan yang aturkan.
Anak-anak kena campak la..nak naik kapal terbang tak boleh.

Terima kasih Ashraf bagi lojing di rumah dia...

5hb Jun 2013 menjadi tarikh sejarah tiba di Bumi bertuah ini.

Berpindah lagi...


Sempat bermalam di Ariva Gateway..


Sedih semuanya nak tinggal Bandaraya Kuching


Dah sampai Miri. Disambut Farizal, Amin & Mahadir


Laporrrrr diri


Ni bukti aku betul-betul dah sampai..


Tempat baru, azam baru, semua mesti mau baru..bini saja maintain