Thursday 31 December 2009

Jom Masak-Masak

Tarikh : 26hb Disember 2009
Tempat : Rumah En. Bahari

Bermula dengan sembang-sembang kedai kopi, akhirnya tercapai juga hajat untuk mengadakan masak-masak. Menariknya kaum lelaki yang kena masak. Penyertaan boleh tahan jugak. Bayaran dikenakan RM20 bagi berkeluarga dan RM5 bagi bujang. Seramai hampir 30 orang menyertai JOM MASAK-MASAK.

Menu paling mudah..ayam goreng..Chef Sabri yang mencampurkan garam kunyitnya...

Adoiii.. letih jugak buat masak-masak ni..En. Bahari ( kiri sekali )

Tengok tu..suami, isteri & anak-anak turut serta..Din Kelate

Terubok masin goreng...mmmm...nyaman..

Bila nak siap ni..perut kawe dah mendidih nii....

Perut dok bunyi dah nii......cepatlah sikit..

Doa dibacakan sebelum makan...'kesian' Mamu Ismail ( kanan )

Berkatilah perhimpunan kami ini..dan murahkanlah rezeki kami Ya Allah.....

Gulai bawal, ayam goreng, terubok masin, sambal & ulam semua ada....

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati...

Terima kasih kepada En Bahari sekeluarga kerana membenarkan aktiviti ini dijalankan di rumahnya. Tidak lupa kepada kawan-kawan yang memberikan sokongan. Semoga usaha yang kecil ini dapat menyatupadukan seluruh ahli keluarga JKKP Sarawak.

Sunday 20 December 2009

Hijrah - Banyak Pengajaran & Pedoman



MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan, dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Kita baru sahaja meninggalkan tahun 1430 Hijrah dan telah memasuki tahun baru 1431 Hijrah. Ini bererti hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sudah pun berlalu hampir 15 abad lamanya, namun ianya tetap menjadi kenangan dan ristaan zaman-berzaman hingga ke hari ini. Peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sememangnya tidak boleh dilupakan, kerana ia merupakan sejarah agung yang telah membawa perubahan kepada kehidupan umat Islam dari zaman jahiliah kepada kehidupan yang sempurna.

Sebagaimana yang kita maklum, hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah penghijrahan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Mekah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawarah di atas perintah Allah Subhanahu Wata'ala untuk mensyiarkan agama Islam dan seterusnya untuk menyelamatkan Baginda dan kaum Muslimin dari penganiayaan dan penindasan orang-orang kafir dan musyrik di Mekah.

Jika kita amat-amati dari peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam itu, terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil sebagai pedoman dalam usaha memperbaiki diri untuk berubah ke arah yang lebih baik. Antara pengajaran dari hijrah itu ialah dari makna hijrah itu sendiri. Hijrah bukan sahaja bererti berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain, tetapi juga bererti meninggalkan suatu perbuatan yang tidak baik. Sesungguhnya hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak lagi akan berlaku kepada umat Islam masa kini, tetapi kita masih tetap dapat melakukan hijrah dalam erti meninggalkan semua perbuatan yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Hijrah ini adalah wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya:
"Dari Abdullah bin Amru Radiallahuanhuma, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda: Orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Dari hadis tersebut menjelaskan betapa kita mesti melakukan hijrah, iaitu meninggalkan apa jua perbuatan dan sikap yang kurang elok dan tidak baik, lebih-lebih lagi perbuatan yang diharamkan oleh agama. Kita mesti berubah jika mahu memperbaiki dan memajukan diri untuk menjadi Muslim yang beriman dan bertaqwa dan seterusnya menjadi hamba yang dikasihi oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Oleh itu juga jika seseorang itu merasakan terdapat sikap dan peribadinya yang kurang elok seperti kurang sabar, malas, cepat berputus asa dan sebagainya, maka cubalah untuk berhijrah atau mengubah dan memperbaiki diri agar menjadi seorang Muslim yang baik, berbudi pekerti, rajin berusaha dan sebagainya. Begitu juga jika seorang itu sedar bahawa ia telah melakukan perkara dosa, maka segeralah ia bertaubat dan memohon keampunan dari Allah Subhanahu Wata'ala serta kembali ke pangkal jalan.

Sesungguhnya semua perubahan kepada kebaikan itu banyak mendatangkan keuntungan dan manfaat, bukan sahaja kepada diri individu itu sendiri bahkan juga menguntungkan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Pengajaran dari peristiwa hijrah yang seterusnya pula ialah ikatan persaudaraan dan mahabbah sesama umat Islam. Semasa hijrahnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan kaum Muslimin dari Mekah ke Madinah, mereka meninggalkan rumah dan harta benda semata-mata untuk mencari keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Saudara-saudara Muslimin yang berada di Madinah tidak membiarkan saudara-saudaranya yang datang berhijrah itu susah dan menderita. Mereka telah menyediakan rumah-rumah sebagai tempat tinggal dan menyediakan makanan, minuman, pakaian dan segala barang-barang keperluan walaupun mereka sendiri turut sama berhajat kepada keperluan-keperluan tersebut. Namun mereka ikhlas untuk memberi dan membantunya.

Oleh itu sebab kemuliaan hati dan sikap yang terpuji itu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menamakan mereka sebagai kaum Ansar yang ertinya penolong, penyokong atau pembantu yang hingga kini dikenali oleh seluruh umat Islam di dunia ini. Ini jelas sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala yang memuji sifat orang-orang Ansar dalam Surah Al-Hasyr ayat 9, tafsirnya:
"Dan orang-orang Ansar yang mendiami Negeri Madinah serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu.

Dan mereka juga mengutamakan orang-orang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. Dan ingatlah, sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya."

Ikatan mahabbah di antara kaum Ansar dan Muhajirin pada suatu ketika dahulu merupakan contoh terbaik yang perlu kita teladani dan amalkan dalam menjalani kehidupan ini, lebih-lebih lagi pada masa ini kita dapati penghayatan dalam berkasih sayang sesama saudara itu sudah berkurangan terutama kepada saudara yang tiada ikatan tali kekeluargaan, sedangkan Allah Subhanahu Wata'ala telah jelas menyatakan bahawa semua umat Islam itu adalah bersaudara sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al Hujuraat ayat 10, tafsirnya:
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara."

Pengajaran yang selanjutnya dari peristiwa hijrah itu ialah niat hendaklah ikhlas. Segala peribadatan dan perbuatan hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata'ala, bukan kerana sesuatu atau dengan kata lain disebabkan masalah keduniaan dan sifat kepura-puraan. Kerana itu, jika hendak beribadat, membuat amal kebajikan ataupun berusaha untuk memperbaiki diri, biarlah niat itu dari hati yang ikhlas, bukan kerana takut dan malu, atau kerana suruhan seseorang, atau untuk menunjuk-menunjuk dan sebagainya.

Ingatlah bahawa niat yang ikhlas kerana Allah sahajalah pintu amalan diterima Allah Subhanahu Wata'ala. Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sepertimana sabdanya, maksudnya:
"Dari Umar bin Al-Khatab Radiallahuanhu berkata, aku mendengar bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat.

Sesungguhnya balasan bagi setiap orang itu mengikut apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana untuk mendapatkan dunia maka ia akan memperolehinya, atau untuk mendapatkan wanita maka ia akan mengahwininya. Maka hijrahnya mengikut apa yang diniatkan kepadanya." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Akhirnya, sayugia kita mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa hijrah tersebut, hijrah yang dilaksanakan atas dasar iman dan taqwa, dengan ketulusan dan keikhlasan serta menghubungkan persaudaraan, mudah-mudahan segala niat dan perbuatan kita akan mendapat keredaan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Anfaal ayat 74 yang tafsirnya:
“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah untuk membela Islam dan orang-orang Ansar yang memberi tempat kediaman dan pertolongan kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu, merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.’’

Dipetik dari Khutbah Jumaat Brunei Darussalam www.brunet.bn

Thursday 17 December 2009

Lama Menyepi..Muncul Kembali

Assalamualaikum semua.

Aduh..lama sungguh aku tak menulis dalam blog ini. Ramai kawan-kawan bertanya..kenapa menyepi? Biasalah...sedangkan iman boleh tenggelam timbul..inikan pula blog!

Hujung bulan November aku balik Pulau Pinang bersama keluarga bercuti Hari Raya Aidiladha. Dapat tiket kapal terbang 'free'. Setahun hanya sekali..peluang jangan dilepaskan.

Dalam tajuk ini aku akan tinggalkan gambar-gambar kenangan semasa sebulan blogku tidak aktif.


Anak-anakku cukup gembira dapat balik kampung. Boleh jumpa tok & tok wan, mak su, mak unggai dan semua mak & pak sedaranya serta sepupu.



Dapat jemputan kenduri kahwin, marhaban & berzanji.. sahabat MMS






Sahabat lamaku Sazali selamat diijabkabulkan.Sekitar 1997 ~ 2000 beliau merupakan recording artist - Kumpulan Res-Q. Antara lagu yang masih aku ingat ialah Bokojo & Ada Dalam Tiada. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Tahniah Hafidz selaku 'striker ceroi' ...
dapat tempat ke 3 dari Pengarah JKKP Penang..Mr Anuar


Saguhati pun jadilahhh..ambil sajalah Syam.


Dari kiri Aku, Shahril Pengadil, Meor Harum Manis, Hafidz Avanza,
Azizan Tauke & Syam Rembat

Hampa berdua bab bergambaq tak habis-habis. Tahniah la kepada pengurusan JKKP Penang kerana menganjurkan Futsal Zon Utara buat julung kalinya. Dapat juga mengeratkan silaturrahim antara kakitangan yang semakin ramai. Mat Det juga aku tak sempat nak bersembang..ada kenduri kahwin bunyi pun.....


Mak aku ( dua dari kiri ) mengiringi seluruh keluargaku ke LTAB Bayan Lepas


Inilah aktivitiku membantu menyemarakkan dakwah di Sarawak

Jamuan perpisahan untuk Samuri yang akan berpindah ke JKKP Terengganu

Dari kiri Samuri ( tetamu diraikan ) memberi semangat kepada Hj Hairuddin dan Zainal

Mahaza mengumumkan tarikh perkahwinannya..tahniah..tahniah..


## Tak sempat nak jumpa sahabat-sahabat SPT..Insyaallah nanti kita akan berjumpa jua.