Masa tu Ali pun masih nak disuruh dukung.
Alhamdulillah dua minggu lepas dapat juga pergi sekeluarga bersama sahabat sekerja Farizal, keluarga Zainee, Aminuddin, Najib KK, Nasir Fii Sandakan & Tengku Ashraf Bintulu.
Perjalanan dari Miri mengambil masa lebih kurang satu jam setengah.
Ada dua jalan, satu ikut jalan lama Miri - Bintulu dan satu lagi ikut pesisir pantai.
Kami mengambil jalan lama Miri - Bintulu untuk pergi.
Pemandangan yang menarik kiri kanan dengan deretan rumah panjang membuatkan tidak terasa bosan pemanduan.
Aku pernah naik bas dari Miri ke Sibu. Destinasi pertama bas akan singgah adalah di Simpang Ngu Niah. Tak lama..dua jam sahaja..adusss!
Sampai di Taman Negara Niah, aktiviti pertama adalah pengisian perut yang telah disediakan oleh Chef Farizal...wooww! Nang nyaman.
Beli tiket masuk dewasa RM10 seorang dan kanak-kanak bawah 18 tahun hingga 7 tahun dikenakan RM4.
Bagi mereka yang berminat untuk bersenam memang bagus tetapi kepada yang ada sakit lutut dan sakit belakang disarankan fikir dua tiga kali.
Berbaloi bila melihat pemandangan yang sungguh menakjubkan..Subhanallah..!
Bersemangat kalau nak meronda |
Keluarga Najib & Nasir bertandang ke Miri dari Kota Kinabalu melalui darat |
Selamat datang ke Taman Negara Niah |
Isi perut dulu |
Boleh tahan masakan dan menu chef Farizal |
Kaum bapa mengatur strategi |
Daftar dan hulur |
Yang penting bergambar dulu. |
Nak menyeberang sungai RM1 sehala.Perhatikan papan tanda! |
Damai..yang berbumbung biru tu muzium. |
Bye..bye..kami jalan dulu. |
Jarang dapat bergambar macam ni.. |
Pemandu pelancong import dari Bintulu..Tengku (kiri) |
Perjalanan ini..terasa sangat memedihkan... |
Hati-hati kerana tiada tempat pemegang |
Kesan peninggalan sejarah |
Ku lihat hijau.... |
Dah dekat.. |
Sampai juga tiga heroin ni... |
Ramainya manusia.. |
Dekat sini agak mencabar.. |
Nampak kayu yang terpacak tu..? |
Ali & Muhammad pun boleh sampai.. |
Kalau bawa kamera yang canggih, best ni.. |
Berhenti berehat |
Bila tahun pulak nak datang nii.. |
Terima kasih warga dosh miri kerana mengatur perjalanan geng sabah ke gua niah yang tidak mungkin akan dilupakan pengalaman yang kami dapat. Semoga kita bersua lagi insya Allah di lain masa....
ReplyDeleteSalam. Lama tak singgah ke blog tuan. Gembira mendengar tuan aktif di sana...
ReplyDeleteAyo bosku Semuanya,
ReplyDeleteYuk iseng bermain game untuk mendapatkan uang tambahan setiap harinya Hanya di arena-domino.net
Modal Kecil Dapat Puluhan Juta ^^
Bareng saya dan teman-temanku yang cantik-cantik loh !
Info Situs www.arena-domino.net
yukk di add WA : +855964967353