Tuesday 9 March 2010

Detik Paling Indah...

Syukur Alhamdulillah..itulah yang mampu aku lafazkan..Penantian selama 9 bulan akhirnya aku selamat menerima cahaya mata ke-5 hasil perkahwinan dengan isteriku Jamilah. Sebenarnya ini merupakan rezeki buat aku sekeluarga. 07 Feb 2010 genaplah ulangtahun perkahwinanku yang ke-11. Dan yang paling bestnya..01 Mac 2010 genap aku setahun di Kuching Sarawak.

Sepanjang mengandungkan anak yang ke-5 ini, isteriku sering mengeluh..siapalah yang nak jaga anak-anak jika dia dimasukkan ke hospital nanti..dan jawapan yang sama yang selalu aku berikan..Insyaallah..Allah akan tolong kita..banyakkanlah berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan.

Dipendekkan cerita, sahabatku dari Penang akan datang ke Kuching bersama isteri dan 2 orang anaknya. Dimaklumkan tarikh tiba di Kuching pada 25 Feb 2010. Aku maklumkan Insyaallah isteriku 'due' lambat lagi. Jangan risau nanti aku akan bawa ronda-ronda di Kuching.

25 Feb 2010 ( Khamis ) 8.30 malam - Tibalah Hj Isa & Hjh Zabedah serta 2 orang anak pompuannya Saadah & Maisarah di LTAB Kuching. Hj Isa orang pertama memperkenalkan aku dengan Jamaah Islah Malaysia ( JIM ) di mana waktu itu aku menghantar anakku di Tadika Amal Guar Perahu untuk belajar Cepat Membaca.

Aku terus bawa pulang ke rumahku di Matang Jaya Kuching. Jarak antara rumah dan LTAB Kuching lebih kurang 20 km saja. Maka sahabatku ini bermalamlah di Hotel 5 bintang rumahku.
Hj Isa maklumkan, beliau ada booking hotel menggunakan kad ahli kelab tetapi tak dapat kerana masa booking terlalu singkat..Tak apalah..dok kat rumah aku sajalah..

Selamat Datang ke Bumi Kenyalang

26 Feb 2010 ( Jumaat ) - Awal pagi aku dan isteri sediakan sarapan pagi untuk tetamuku. Rancangan aku pagi ni nak bawa sahabatku tengok buaya. Budak-budak memang suka sangatlah..

Semua aku bawa kecuali isteriku dan Muhammad ( anak bongsuku ). Mana nak muat kereta kecik. Lagi pun isteriku tak berapa nak larat berjalan.

Sampai di Jong's Crocodile pada 10.30 pagi. Macam-macam binatang ada kat sini. Anak, pak, mak buaya cukup banyak. Tengkorak Bujang Senang pun ada. Inilah tarikan kepada kanak-kanak.

Dah lama anak-anakku tak jumpa kawan lama


Nak jadikan cerita..sewaktu pulang tayar kereta aku pancit..Allahuakhbar ! macamana ni..jam dah 12.15 tghr..nak solat Jumaat pulak..nasib baik ada tayar spare. Sempat juga balik rumah solat Jumaat..dapat la 'telur cicak' kot..

Lepas solat Jumaat..Hj Isa dan keluarga berehat sahaja..cuaca pun agak panas. Aku pi cari kedai tayar..mana nak bukak cuti umum sebegini. Hari ni cuti Maulidur Rasul. Pusing punya pusing jumpa juga akhirnya kedai tayar. Apa lagi 4 biji tayar aku tukar terus..yang lama dah licin..3 tahun punya lanyak..Patut la besi sepanjang 2" mudah menusuk.

Selepas solat Asar aku pi masjid Al Muhajirin kat taman aku. Malam ni selepas Maghrib ada Forum Maulidur Rasul..aku ditugaskan pasang LCD Projektor dan sub-woofer. Malangnya aku sendiri tak dapat hadir kerana memberi satu tazkirah dalam satu slot Kem Kepimpinan Pelajar. Hj Isa membawa seluruh ahli keluarganya dan juga isteri dan anak-anakku tidak melepaskan peluang untuk mendengar forum di masjid.

Tajuk yang diberi adalah Permata Padang Pasir..Aku berkongsi dengan pelajar tentang Saidina Ali Abi Talib yang banyak memainkan peranan dalam penghijrahan Rasulullah S.A.W dan ciri-ciri remaja soleh.

Selesai sahaja tazkirah, aku ON handphone dan Allahuakhbar...missed call dan mesej tertera..isteriku maklumkan dia dah sakit nak bersalin...Tanpa berlengah aku terus ke masjid menemui isteriku. Waktu itu forum baru sahaja selesai. Katanya masih ok! Aku terus maklumkan kepada Hj. Isa dan isterinya, tolong tengokkan anak-anakku.

Aku terus mencapai beg yang telah disediakan isteriku untuk dibawa ke hospital. Sambil aku perhatikan isteriku sempat seterika baju sekolah anak...untuk dipakai esok hari kerana ada perarakan Maulidur Rasul Tadika Pasti.

Inilah kali pertama aku sampai di Hospital Umum Kuching. Nasib baik sakit waktu malam, kalau siang hari pening nak cari parking.

Doktor membuat pemeriksaan dan dimaklumkan isteriku kena tahan di wad..baru buka 3cm katanya. Tak apalah..abang balik dululah tengokkan anak-anak...kata isteriku. Apa lagi aku pun balik ke rumah. Sempat bersalam dan memberi kucupan semangat kepada isteriku.." Jangan bimbang..Allah akan membantu kita ". Waktu itu jam baru 12.00 tengah malam. Mata pun dah mengantuk. Muhammad anakku yang keempat tak boleh tidur...jenuh aku pujukkan..sedar-sedar aku yang tertidur.

Lebih kurang 2.30 pagi aku dikejutkan dengan panggilan dari isteriku..katanya.."Abang..Ila dah bersalin..anak laki-laki pada pukul 2.15 pagi tadi.."..Alhamdulillah....terus aku pergi mandi dan bersiap-siap untuk ke hospital. Aku kejutkan Hj. Isa dan maklumkan berita gembira ini.

Lebih kurang 4.00 pagi barulah isteriku dibawa keluar dari labour room. Jururawat bertugas menolak perlahan-lahan isteri dan anakku yang berada di atas katil menuju ke wad bersalin. Nampak letih pada wajah isteriku kerana baru bertarung nyawa melahirkan anak ke-5. Ini kali rasa lebih mudah bersalin..tak perlu tunggu lama. Sewaktu menunggu di luar labour room..sempat lagi SMS perkhabaran gembira ini kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai.

Di dalam wad aku dapati ramai ibu-ibu yang sedang tidur nyenyak bersama anak-anak mereka. Aku turut membantu jururawat memindahkan isteriku ke katil lain. Kasihan melihat jururawat yang setia memberi khidmat yang terbaik walaupun dalam keadaan letih...

Aku memangku anakku dan melafazkan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri. Nak azan macam di Madinah..takut semua pesakit terkejut pulak....

Anakku yang ke-5 selamat dilahirkan

Jururawat dah mula bagi warning.." Nampaknya semua dah selesai..encik bolehlah tinggalkan isteri dan anak encik..waktu melawat nanti datang lagi ya...."...aku cukup faham ayat tu..

Aku terus menuju ke masjid dekat taman tempat tinggalku untuk menunaikan fardhu suboh. Beberapa ahli jamaah yang mengenali aku mengucapkan banyak-banyak tahniah..patut la semalam mereka milihat aku bergegas pulang tanpa menjamah sebarang juadah. Selesai solat subuh aku maklumkan kepada tok imam ( yang merupakan tok guru taranum ) yang aku tak dapat joint taranum pagi ini kerana nak balik cepat. Setiap Sabtu selepas subuh inilah aktiviti baru yang aku ceburi..Belajar Taranum dengan bekas Qari Negeri Sarawak.

27 Feb 2010 ( Sabtu ) - Balik rumah aku membuat beberapa persiapan kerana pada sebelah pagi anak yang ke-3 Nurhasanah akan menyertai perarakan Maulidur Rasul. Aku sempat berbincang dengan Hj Isa..saya akan bawa Hasanah sekejap saja..dalam pukul 9.30 pagi. Lepas tu bolehlah kita pi ronda sekitar Kuching.

Sekitar jam 7.30 pagi isteriku talipon memaklumkan dia dah boleh keluar hospital waktu tengahari. Nampaknya rancangan untuk ronda-ronda kena diaturkan dengan lebih cepat. Selesai perarakan aku terus pulang. Aku tinggalkan anakku dengan cikgunya kerana program masih berjalan sehingga tengahari. Nak kena gali lubang nak tanam uri. Aduhh..penat juga nak menyangkul..batu banyak sangat..Selesai sahaja aku terus ke rumah Hj Mat..sewa Avanzanya..baru selesa.

Aku bawa keluarga Hj Isa dan anak-anakku yang lain melawat kedai kek di Gersik. Hah...makan.. jangan tak makan kek yang disediakan tu. Pulun cukup-cukup aku pun.

Kedai ini menyediakan pelbagai jenis kek lapis yang cukup menarik coraknya

Lebih kurang 1.30 petang baru lah isteriku dapat pulang. Itu pun setelah melalui beberapa proses yang memenatkan. Aku kena ulang alik ke rumah sebab tak bawa sijil asal perkahwinan. sedangkan salinan aku dah masukkan dalam Kad Merah...apa nak buat ....prosedur hospital.....

Selepas makan tengahari...aku tinggalkan isteri dan baby baruku. Bawa Hj Isa dan keluarga sambung ronda-ronda. Kesian sahabatku ni..datang nak melancong tapi kena menjaga anak-anakku pulak. Tempat yang mungkin keluarga Hj Isa tak akan lupakan ialah melawat Hospital Umum!

Petang tu kami menyusuri Sg Sarawak menaiki sampan yang disewa RM20. Pakcik yang membawa sampan tak kering gusi melihat telatah anak aku dan Hj Isa yang tak henti-henti menyanyi...

Pemandangan DUN Sarawak di tepian Sg Sarawak Hj Isa & Hjh Idah..jangan 'serik' datang ke sini lagi!

Sebelah petang sempat shopping di Pasar Satok dan sebelah malam kawan kepada Hjh Idah datang menjemput makan di tepian Gersik dan membawa ke rumahnya di Tabuan. Pulang jam 11.30 malam...

28 Feb 2010 ( Ahad ) - Awal pagi semua bangun untuk pergi ke Sarikin. Inilah tempat membeli belah yang patut setiap pelancong datang kerana pelbagai barangan seperti kain, tikar dan sebagaina dijual dengan harga yang berpatutan. Sekali lagi isteri dan babyku ditinggalkan.

Tengahari kami semua pulang dalam keadaan cukup letih dan Hjh Idah terus ke dapur menggoreng sekilo udang galah yang dibelinya di Satok semalam. RM28 sekilo.

Jam 3.00 petang kawan sepejabatku Syaruddin menjemput ke jamuan hari lahir anaknya. Ramai juga kawan-kawan yang datang termasuk pengarah Hj Dasuki. Beliau ikut aku balik ke rumah nak tengok baby...terima kasih boss kerana sudi datang.

Jam 6.30 petang aku hantar keluarga Hj Isa ke LTAB Kuching..terima kasih banyak-banyak Tn Hj Isa dan Hjh Kak Idah kerana banyak membantu kami di sini..minta maaf banyak-banyak jika tak sempat bawa ke tempat-tempat menarik di Kuching ini. Allah sahaja yang akan membalas jasa kalian.

Lagu-lagu yang korang dendangkan tak akan dilupa....

Memang tak ada langsung perancangan meletakkan nama untuk anak yang ke-5 ini. Puas aku dan isteri mencari. Nak letak panjang-panjang takut tak tersebut namanya..akhirnya tugasan mencari Permata Padang Pasir yang mengilhamkan segalanya...lahirlah ALI BIN RAHIME. Semoga anakku nanti mencontohi watak Saidina Ali Karamallah Wajhah.

Bukti anak abah....
Gerun juga nak cukur rambut ni....belasah sajalah...
Muhammad dah ada adik...aku dan isteri pulak dapat MUHAMMAD + ALI = MUHAMMAD ALI..senang sikit bila nak panggil...dua-dua boleh datang serentak....

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang sudi datang menziarahi isteri dan anakku..dan yang penting..doa-doa kalian..tak kira yang jauh atau dekat.