Friday 11 January 2013

Ramalan Kaji Cuaca


Dikeluarkan pada pukul 05:36AM, 11 Januari 2013
 
AMARAN KATEGORI KETIGA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 40-50 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Tioman, Johor Timur, Sarawak, WP Labuan dan Sabah Barat dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN - Kemaskini
AMARAN KATEGORI 3:
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
AMARAN KATEGORI 2:
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Sarawak, WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), Reef South & Bunguran dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Januari 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur & Kuching terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
AMARAN RIBUT PETIR (Kemaskini):
i) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak (Kuching, Rejang, Mukah, Bintulu, Limbang & Miri), WP Labuan & Reef South dijangka berterusan sehingga pagi, Jumaat, 11 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
ii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Pulau Pinang & Perak dijangka berterusan sehingga pagi, Jumaat, 11 Januari 2013.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Dikemaskini pada 11 Januari 2013, jam 05:36AM
 
THIRD CATEGORY WARNING
WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS

SECTION A: WARNING FOR PUBLICS
Strong Northeasterly winds of 40-50 kmph with waves up to 3.5 metres occurring over the waters off Kelantan, Terengganu, Pahang, Tioman, Johor Timur, Sarawak, Labuan FT and West Sabah are expected to continue until Sunday, 13th January 2013.
This condition of strong winds and rough seas is dangerous to small crafts, recreational sea activities and sea sports.
SECTION B: WARNING FOR SHIPPING-Updated
THIRD CATEGORY WARNING:
Strong Northeasterly winds over 60 kmph with waves more than 4.5 metres occurring over the waters off Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan are expected to continue until Sunday, 13th January 2013.
In addition, the coastal areas of Kelantan, Terengganu, Pahang and East Johore are vulnerable to sea level rise. This condition is expected to continue until Friday, 11th January 2013.
This condition of strong winds and rough seas is dangerous to all coastal and shipping activities including workers on oil platform.
SECOND CATEGORY WARNING:
Strong Northeasterly winds of 50-60 kmph with waves up to 4.5 metres occurring over the waters off Kelantan, Terengganu, Pahang, East Johore, Samui, Tioman, Sarawak, FT Labuan, Sabah(Interior, West Coast & Kudat), Reef South & Bunguran are expected to continue until Sunday, 13th January 2013.
This condition of strong winds and rough seas is dangerous to all shipping and coastal activities including fishing and ferry services.
THUNDERSTORM WARNING (Updated):
i) Thunderstorm activities occurring over waters off Sarawak (Kuching, Rejang, Mukah, Bintulu, Limbang & Miri), WP Labuan, & Reef South are expected to continue until morning, Friday, 11th January 2013.
At the same time, strong winds of 50-60 kmph with waves up to 4.5 metres is dangerous to all shipping and coastal activities including fishing and ferry services.
ii) Thunderstorm activities occurring over waters off Penang & Perak are expected to continue until morning, Friday, 11th January 2013.
This condition can cause strong winds up to 50km/h and rough seas up to 3.5 metres and dangerous to small boat.
Updated on 11 January 2013, at 05:36AM
 
Oleh: Jabatan Meteorologi Malaysia
(Bhg. Meteorologi Lautan dan Oseanografi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Amaran JMM.RML 07/701/03 Jld.76 (39)

Thursday 3 January 2013

Sesi Persekolahan 2013 Bermula

Kuching - 02/01/2013
Hari ini bermulalah persekolahan anak-anakku sesi 2013. Alhamdulillah nampak ceria semuanya. Sebelum 6.30 pagi dah hantar Nurhannah ke SMK Matang Jaya. Balik ambil pulak Nurhanis dan Nurhasanah ke SK Petra Jaya dan akhir sekali bawa Muhammad ke Sekolah Rendah Islam Al Amin. Lega juga Muhammad tak perlu ditunggu dan aku pulak boleh masuk waktu anjal WP1 (masuk 7.30pg balik 4.30ptg).
Terima kasih buat isteriku yang sempat menyediakan bekalan untuk anak-anak dan tengah hari pi ambil pulak anak-anak. Alhamdulillah lesen kereta yang setiap tahun dihidupkan..kini sudah bermanfaat.

Dari kiri Hasanah, Hannah & Hanis

Hero aku sampai awal ( lupa beli songkok..)

Suasana dalam kelas

Sekolah Rendah Islam Al Amin Kuching ( SRIAAK ) merupakan rangkaian sekolah Musleh yang menjalankan usaha-usaha untuk mengarusperdanakan pendidikan Islam melalui pendekatan berkualiti dan global. Di antara tindakan yang telah diambilnya ialah memurnikan kurikulum pendidikan Islam dengan menggabungkan metodologi pendidikan tradisional serta unjuran cabaran masa depan berdasarkan prinsip-prinsip Islam yang universal.

Tahun kedua SRIAAK menerima pelajar




Tuesday 1 January 2013

2012 Dalam Kenangan

Pada 17hb November hingga 9hb Disember 2012, Alhamdulillah aku sekeluarga dapat juga balik kampung halaman menggunakan waran kerajaan. Inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Kawan-kawan yang senasib lebih maklumlah. Setiap kali berhubung kawan-kawan, lepa akan tanya.." Mie..hang bila nak balik?".

Kali ni aku singgah Kuala Lumpur 2 malam.Sampai KLIA pi simpan satu beg besar.2 hari caj RM90.00. Nak jimat ambil bas pi KL Central RM40.00 satu keluarga. Naik LRT ke Masjid Jamek dan bermalam di Citin Hotel.

Kat sini memang puas hati untuk membeli belah. Habis angkut pakaian sekolah anak-anak. Esok pagi sewa kereta pi Bentong Pahang menghadiri majlis perkahwinan Norhazimah & Rizamry. Petang pi ronda di KLCC. Sempat juga masuk Petrosains.

Balik kampung disambut abah dan emak di LTAB Pulau Pinang. Kali ini balik kampung tak sempat nak ronda-ronda sebab Muhammad berkhatan.

Anak abah....

Puas tak jalan-jalan?

Sabar masuk Petrosains

Kami nak bergambar sekali depan KLCC

Citin Hotel..lokasi yang strategik bagi kaki 'shopping' bermalam 
Kalau boleh buat rumah sewa bagus nii..

Akhirnya penantian selama 10 tahun berjaya mendapat kunci..sekarang dah ada penyewa

Wajah-wajah sebelum berkhatan ( masuk Jawi )

Muhammad & Adam sempat ber'posing' dengan tok wan

Cayalah Adam..

Muhammad tak mau bersunat dah abahhh...
Rupanya selepas bersunat semakin aktif. Mungkin berasa 'ringan' kot... 

Perjumpaan ahli keluarga Hassan Awang

Rumah Pak Ndak ( baju merah ) dimasuki pencuri sebelah malamnya...

Serius mesyuarat nii....

Pak Ngah menandatangani aku janji..

Pak Long lewat sampai...

Tolong tok kacau dodoi..

Terima kasih tok & tok wan..Insyaallah tahun depan kami balik lagi

2013 ni tak tau lagi bila nak balik. Raya puasa atau cuti penggal sekolah atau cuti hujung tahun. Apa yang penting bermula 2013 ni dah kena mula kumpul duit untuk pulang ke kampung. Sejak berada di Kuching ni..sekali pun belum beraya bersama ayanda dan bonda di kampung halaman.
Boleh bayang la..cucu dapat berjumpa tok & tok wan setahun sekali.

Semoga keluarga di Pmtg Janggus, Balik Pulau & Pahang berada dalam keadaan sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan.