Pada 17hb November hingga 9hb Disember 2012, Alhamdulillah aku sekeluarga dapat juga balik kampung halaman menggunakan waran kerajaan. Inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Kawan-kawan yang senasib lebih maklumlah. Setiap kali berhubung kawan-kawan, lepa akan tanya.." Mie..hang bila nak balik?".
Kali ni aku singgah Kuala Lumpur 2 malam.Sampai KLIA pi simpan satu beg besar.2 hari caj RM90.00. Nak jimat ambil bas pi KL Central RM40.00 satu keluarga. Naik LRT ke Masjid Jamek dan bermalam di Citin Hotel.
Kat sini memang puas hati untuk membeli belah. Habis angkut pakaian sekolah anak-anak. Esok pagi sewa kereta pi Bentong Pahang menghadiri majlis perkahwinan Norhazimah & Rizamry. Petang pi ronda di KLCC. Sempat juga masuk Petrosains.
Balik kampung disambut abah dan emak di LTAB Pulau Pinang. Kali ini balik kampung tak sempat nak ronda-ronda sebab Muhammad berkhatan.
Anak abah.... |
Puas tak jalan-jalan? |
Sabar masuk Petrosains |
Kami nak bergambar sekali depan KLCC |
Citin Hotel..lokasi yang strategik bagi kaki 'shopping' bermalam |
Kalau boleh buat rumah sewa bagus nii.. |
Akhirnya penantian selama 10 tahun berjaya mendapat kunci..sekarang dah ada penyewa |
Wajah-wajah sebelum berkhatan ( masuk Jawi ) |
Muhammad & Adam sempat ber'posing' dengan tok wan |
Cayalah Adam.. |
Muhammad tak mau bersunat dah abahhh... |
Rupanya selepas bersunat semakin aktif. Mungkin berasa 'ringan' kot... |
Perjumpaan ahli keluarga Hassan Awang |
Rumah Pak Ndak ( baju merah ) dimasuki pencuri sebelah malamnya... |
Serius mesyuarat nii.... |
Pak Ngah menandatangani aku janji.. |
Pak Long lewat sampai... |
Tolong tok kacau dodoi.. |
Terima kasih tok & tok wan..Insyaallah tahun depan kami balik lagi |
2013 ni tak tau lagi bila nak balik. Raya puasa atau cuti penggal sekolah atau cuti hujung tahun. Apa yang penting bermula 2013 ni dah kena mula kumpul duit untuk pulang ke kampung. Sejak berada di Kuching ni..sekali pun belum beraya bersama ayanda dan bonda di kampung halaman.
Boleh bayang la..cucu dapat berjumpa tok & tok wan setahun sekali.
Semoga keluarga di Pmtg Janggus, Balik Pulau & Pahang berada dalam keadaan sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan.
Boleh bayang la..cucu dapat berjumpa tok & tok wan setahun sekali.
Semoga keluarga di Pmtg Janggus, Balik Pulau & Pahang berada dalam keadaan sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan.
Salam,
ReplyDeleteLama tak bersua dengan tuan. Namun saya kerap juga membaca xtvt tuan di sana.
Teruskan xtvisma itu!
Maaf tuan, sekadar nak bagi cadangan.
ReplyDeleteLagi mudah kalau tuan 'disable word verfication' pada 'setting' bila setiap kali IM blogger nak letak komen di blog tuan.
Ianya jadi masaalah terutama pada golongan retro macam IM yang dah kena 'berkacamata'....
W/salam...selamat bertemu kembali dalam blog. Terima kasih..
Deleteshopping KL nampak...
ReplyDeleteInsyaallah tahun tok bah....
ReplyDelete