Monday 29 September 2014

Taman Negara Niah Sarawak

Rancangan untuk ke Gua Niah sudah lama tersimpan sejak mula sampai ke Miri.
Masa tu Ali pun masih nak disuruh dukung.
Alhamdulillah dua minggu lepas dapat juga pergi sekeluarga bersama sahabat sekerja Farizal, keluarga Zainee, Aminuddin, Najib KK, Nasir Fii Sandakan & Tengku Ashraf Bintulu.

Perjalanan dari Miri mengambil masa lebih kurang satu jam setengah.
Ada dua jalan, satu ikut jalan lama Miri - Bintulu dan satu lagi ikut pesisir pantai.

Kami mengambil jalan lama Miri - Bintulu untuk pergi.
Pemandangan yang menarik kiri kanan dengan deretan rumah panjang membuatkan tidak terasa bosan pemanduan.

Aku pernah naik bas dari Miri ke Sibu. Destinasi pertama bas akan singgah adalah di Simpang Ngu Niah. Tak lama..dua jam sahaja..adusss!

Sampai di Taman Negara Niah, aktiviti pertama adalah pengisian perut yang telah disediakan oleh Chef Farizal...wooww! Nang nyaman.

Beli tiket masuk dewasa RM10 seorang dan kanak-kanak bawah 18 tahun hingga 7 tahun dikenakan RM4.

Bagi mereka yang berminat untuk bersenam memang bagus tetapi kepada yang ada sakit lutut dan sakit belakang disarankan fikir dua tiga kali.

Berbaloi bila melihat pemandangan yang sungguh menakjubkan..Subhanallah..!

Bersemangat kalau nak meronda

Keluarga Najib & Nasir bertandang ke Miri dari Kota Kinabalu melalui darat
Selamat datang ke Taman Negara Niah

Isi perut dulu

Boleh tahan masakan dan menu chef Farizal

Kaum bapa mengatur strategi

Daftar dan hulur

Yang penting bergambar dulu.

Nak menyeberang sungai RM1 sehala.Perhatikan papan tanda!

Damai..yang berbumbung biru tu muzium.

Bye..bye..kami jalan dulu.

Jarang dapat bergambar macam ni..

Pemandu pelancong import dari Bintulu..Tengku (kiri)

Perjalanan ini..terasa sangat memedihkan...

Hati-hati kerana tiada tempat pemegang

Kesan peninggalan sejarah


Ku lihat hijau....

Dah dekat..

Sampai juga tiga heroin ni...

Ramainya manusia..

Dekat sini agak mencabar..

Nampak kayu yang terpacak tu..?


Ali & Muhammad pun boleh sampai..

Kalau bawa kamera yang canggih, best ni..

Berhenti berehat

Bila tahun pulak nak datang nii..

Thursday 18 September 2014

Taman Negara Lambir Sarawak

Kalau datang ke Miri..inilah antara tempat yang boleh dikunjungi.
Itu pun bergantung kepada minat seseorang.

Dari Bandaraya Miri ambil masa 45 minit sahaja.
Bagi yang nak berkhemah..cantikkkk sangat..
Kalau nak duduk tempat yang ada air cond pun boleh..

Surau..dewan...kemudahan mandi lengkap dan terjaga kebersihannya.

Bagi sesiapa yang datang ke sini...jagalah kebersihan sentiasa.





















Bagi yang ada kudrat, Taman Negara ni sangat sesuai. 
Bawa kamera yang canggih-canggih hasil pun canggih.
Tumbuhan yang menghijau terasa tenang dengan udara yang cukup bersih.

Teringat lagu XPDC....sekali ku memandang...kehijauan..saujana mata..

Paling dekat nak mandi air terjun berjalan lebih kurang 1/2 jam.

Mukhayyam Pertubuhan IKRAM Daerah Miri kali ini benar-benar menguji fizikal.
Baru aku tahu...muda sebelum tua, sihat sebelum sakit...