Friday 6 November 2009

Keindahan Mencari Cinta

TARIKH : 31hb Oktober 2009
TEMPAT : Bangunan HIKMAH Kuching.

' Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa'. Itulah ungkapan yang sering diucapkan setiap kali aktiviti remaja dijalankan. Lepas satu program, satu program lagi datang.
Setakat ini pelbagai program yang telah dijalankan seperti Aku Bijak Jauhi Zina ( ABJZ ), Remaja Rai Ramadhan ( 3R ), Kem Aulad Bestari dan sebagainya. Semua nya mendapat sambutan yang sungguh luar biasa.

Seorang teman pernah berpesan..di bumi Sarawak ini peluang untuk berdakwah terbentang luas. Asalkan anta ada kemahuan.

Betul..betul...betul...Kekadang usaha yang dilakukan secara sukarela itu akan menghadapi banyak rintangan. Macam-macamlah perkara yang hendak dilakukan setiap kali ada aktiviti seperti yang aku sebutkan. Tetapi Allah yang mengaturkan segalanya.

Bagi mereka yang terlibat secara langsung mengikuti program, tentu akan terasa kemanisannya. Macam aku yang tenggelam timbul ni..Tuhan saja yang tahu. Kekadang terasa sedih dan kasihan juga melihat sahabat-sahabatku bertungkus lumus berusaha menjayakan sesuatu program..semoga Allah memberkati usaha kalian.

Terjumpa aku sepotong ayat Al-Quran dari Surah At Taubah ayat ke 9 yang bermaksud " Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh ( urusan ) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah ( dengan menjalankan perintah-Nya ). Dan ( ingatlah ), sesiapa yang melakukan demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi."
Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan iman. Tabahkanlah hatiku dalam melaksanakan kewajipan kepadaMu. Ya Allah! Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada sahabat-sahabatku yang sentiasa memperjuangkan agamaMu.

Tahniah kepada Cikgu Sukri, Radhiah, Rozie, Karmila, Rasidah, Afifi, Razi, Anesa, Hazel dan kakitangan Darul Falah serta sahabat-sahabat yang lain dalam menjayakan program kali ini.

## Maafkan hamba kerana tidak dapat mengikuti sepenuhnya program kali ini.

Jom Bercuti di Kuching

TARIKH : 30hb Oktober ~ 01hb November 2009

Sebulan setengah yang lalu.

YB Yusuf : Hello! Assalamualaikum Mie. Apa habaq hang kat sana?
Aku : Ya YB Yusuf. Waalaikumussalam...sihat Alhamdulillah. Bila nak mai Kuching?
YB Yusuf : Hahh..aku nak pi la ni...hujung bulan Oktober depan. Insyaallah aku pi ngan wife.
Aku : Orait ( respond yang biasa aku bagi )..saya akan tunggu.

30hb Oktober 2009 – 8.30 mlm....LTAB Kuching

Assalamualaikum...selamat datang YB Yusuf ! Akhirnya sampai juga kat Kuching noo!!!. Itulah yang mula aku sebutkan sambil ambil gambar beliau semasa melangkah keluar dari balai ketibaan.
Malam tu aku bawa pusing-pusing YB Yusuf melihat keindahan malam Bandaraya Kuching. Terpukau juga dibuatnya. Begitu membangun Bandaraya Kuching tidak seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak.

YB bermalam di Harbour View bersama isteri dan dua orang anak lelakinya.
2 bilik satu malam RM400.00. Boleh tahan juga..tapi ok lah sebab mengadap Water Front yang cantik tu.

Esok pagi tak sempat nak bawa beliau berjalan-jalan kerana terlibat dengan program KRJ. YB pusing-pusing Kuching naik sampan pi cari kek lapis dan ronda-ronda sekitar Water Front.

Ahad pagi aku pi ambil beliau sekeluarga bawa ke rumah..tinggal semua barang. Pi shopping di Sarikin. Murah dan banyak barang jika nak dibandingkan dengan Medan. Singgah tengok pasu bunga Sarawak pun boleh 'merambangkan mata'

Pilihh..semua cantik-cantik...tikar tu nanti boleh dilipat macam beg..senang nak bawa pulang

Ikutkan hati semua ni aku nak angkut...

Tengahari balik makan nasi kat rumah. Lauk ala kadar tetapi terubuk masin tetap ada.
Nak jadi cerita Mazlan, isteri serta ayahnya Datuk Zainol dan isteri ada di Kuching. Aku jemput semua bertandang ke rumah..riuh rendah dibuatnya.

Sebelah petang ajak Hj Nazron tolong hantar ke LTAB Kuching. Semua mereka selamat sampai di Penang jam 11 malam..Air Asia..

Teringat pesan Ustaz Abdur Rahim..kalau nak umur panjang rajin-rajinlah kita berziarah!

**YB Yusuf adalah Yang Berkhidmat kepada masyarakat di Pekan darat. Manakala Datuk Zainol adalah 'datuk' kepada beberapa orang cucunya.