Sunday 31 January 2010

Aktiviti di Awal Januari

31hb Januari 2010 Bengkel Membina Blog & Menyunting Video - Pusat Tuisyen Era Matang

Antara peserta yang telah berjaya membina blog

30hb Januari 2010 - Muzakarah Nasional JIM - Kompleks Darul Puteri Cheras, Kuala Lumpur.

YDP SPT (kiri) dan 'body guard' (kanan) serta YB Latif

Antara orang kuat JIM Pulau Pinang (dari kiri YB Abdullah Sabri, YDP PP Hj Taufik, YB Hj Mohd Tuah & YB Roslan

Sahabat satu halaqah dahulu YB Khaizul dan YB Omar - Orang kuat SPT sekarang
Tahniah YDP Pulau Pinang kerana berjaya rombongan ke KL

YB Hj.Anuar (kiri) dan YB Hj.Yaakob(kanan) wakil Bintulu..kesian kena kejut pukul 1.30pagi

YB Dr Roslan (kanan) dan YB Zul masih setia..

Makan, jangan tak makan..tauuu..letih perjalanan
YB Hamizat (kiri) sempat buat usrah...

24hb Januari - Jamuan di Rumah Sabri

Jamuan sempena hari kelahiran anaknya

24hb Januari 21010 - Kem Aulad Bestari Siri 1/2010 - Tema : 100% Okey di Masjid Al-Muhajirin Matang Jaya Kuching

Seronok lihat anak-anak gembira dalam setiap kali program

Seronok bila tengok makan dalam talam

21hb Januari 2010 - Masjid Al-Muhajirin Matang Jaya Kuching

Dr Hisyamuddin cukup bersemangat menyampaikan ceramahnya Al-Quran & Sains

Antara jamaah Masjid Al-Muhajirin, Matang Jaya

Rebutlah 5 peluang :
Muda sebelum Tua
Sihat sebelum Sakit
Senang sebelum Susah
Lapang sebelum Sibuk
Hidup sebelum Mati

Thursday 7 January 2010

Mari Bersukan, Sihatkan Badan...

TARIKH : 05hb Januari 2010
TEMPAT: Riverside Superbowl Kuching

Mari bersukan..sihatkan badan. Itu merupakan lirik lagu sukan Tadika Amal. Sampai sekarang masih lagi terngiang-ngiang lagu itu.

Bersukan merupakan satu aktiviti yang dapat mengumpulkan pelbagai lapisan tak kira muda, tua dan apa jua pangkat. Yang lebih penting jika sesuatu organisasi dapat melakukan aktiviti bersukan secara bersama, hubungan antara kakitangan akan lebih akrab dan komunikasi akan lebih mesra.


Emcee sedang memberi penerangan peraturan permainan

Bersemangat..sampai 'black-out'..

Meor dengan aksi bersahaja

Hj Ahmad paling menyerlah permainan..sampai lupa kampung..

Dah lama tak main, tapi masih berbisa - Bahari ( kiri sekali )

Dulu main sukan gusti - Mamu Ismail ( kiri ) bersama Zack & Sharul

Anasron, Nasfu & Aveda ...boleh tahan skill..

Rizamry, Nizam & Zubaidah..semangat sungguh...

Pasukan oren ..Din, Wan & Zarimy

Tahniah kepada semua kawan-kawan yang sudi menyahut cabaran.Insyaallah jika ada masa dan permintaan, satu lagi kejohanan akan menyusul. Semoga seluruh ahli keluarga JKKP Sarawak akan terus bersatu dan ceria-ceria selalu! Marilah kita sama-sama buktikan, tinggal di Bumi Kenyalang ini sentiasa memberi pelbagai ilham dan kenangan manis untuk dibawa pulang nanti.

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2010

TARIKH : 03hb Januari 2010
TEMPAT: Dewan Perpustakaan Negeri Sarawak

Selamat Menyambut Tahun Baharu Masehi 2010.

Alhamdulillah..dapat juga menikmati 2010. Sedar tak sedar sudah 10 bulan aku di Bumi Kenyalang. Kalau ada anak kecil macam-macam dah boleh buat pergerakan. Itulah yang dikatakan masa berlalu dengan pantas. Maka umur kita pun juga sememangnya bertambah.

Cuti sebegini sememangnya seronok, dapat berehat-rehat di rumah bersama keluarga. Bagi yang pandai memasak, bolehlah membantu isteri di dapur. Kalau tak pandai pun, boleh tolong mengemas rumah.

Hari ini aku dijemput menjadi pengacara majlis penutupan Program Aqsa ( Al-Quran, As-Sunnah Amalanku ). Program Aqsa ini telah berlangsung selama sebulan iaitu setiap hari Isnin hingga Jumaat. Program yang dikendalikan oleh RK Management Services dengan kerjasama Masjid Gita berjaya mengumpulkan ramai anak-anak berumur 18 tahun ke bawah menyertainya.


Peserta bergambar bersama fasilitator

Peserta dikehendaki menghafal Surah-surah pilihan seperti Yasin, Al-Mulk, As-Sajadah dan sebagainya.

Tahniah kepada Abd Razak ( Pengurus RK Management Services ) dan Ust Abu Zaid Al-Hafiz kerana menganjurkan program sebegini. Terima kasih kerana memberi kepercayaan mengendalikan program penutup pada hari ini.

** Bab menghafal ni aku antara yang agak 'slow'. Tercabar rasanya dengan peserta AQSA.