Thursday 7 January 2010

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2010

TARIKH : 03hb Januari 2010
TEMPAT: Dewan Perpustakaan Negeri Sarawak

Selamat Menyambut Tahun Baharu Masehi 2010.

Alhamdulillah..dapat juga menikmati 2010. Sedar tak sedar sudah 10 bulan aku di Bumi Kenyalang. Kalau ada anak kecil macam-macam dah boleh buat pergerakan. Itulah yang dikatakan masa berlalu dengan pantas. Maka umur kita pun juga sememangnya bertambah.

Cuti sebegini sememangnya seronok, dapat berehat-rehat di rumah bersama keluarga. Bagi yang pandai memasak, bolehlah membantu isteri di dapur. Kalau tak pandai pun, boleh tolong mengemas rumah.

Hari ini aku dijemput menjadi pengacara majlis penutupan Program Aqsa ( Al-Quran, As-Sunnah Amalanku ). Program Aqsa ini telah berlangsung selama sebulan iaitu setiap hari Isnin hingga Jumaat. Program yang dikendalikan oleh RK Management Services dengan kerjasama Masjid Gita berjaya mengumpulkan ramai anak-anak berumur 18 tahun ke bawah menyertainya.


Peserta bergambar bersama fasilitator

Peserta dikehendaki menghafal Surah-surah pilihan seperti Yasin, Al-Mulk, As-Sajadah dan sebagainya.

Tahniah kepada Abd Razak ( Pengurus RK Management Services ) dan Ust Abu Zaid Al-Hafiz kerana menganjurkan program sebegini. Terima kasih kerana memberi kepercayaan mengendalikan program penutup pada hari ini.

** Bab menghafal ni aku antara yang agak 'slow'. Tercabar rasanya dengan peserta AQSA.

No comments:

Post a Comment