Thursday 7 January 2010

Mari Bersukan, Sihatkan Badan...

TARIKH : 05hb Januari 2010
TEMPAT: Riverside Superbowl Kuching

Mari bersukan..sihatkan badan. Itu merupakan lirik lagu sukan Tadika Amal. Sampai sekarang masih lagi terngiang-ngiang lagu itu.

Bersukan merupakan satu aktiviti yang dapat mengumpulkan pelbagai lapisan tak kira muda, tua dan apa jua pangkat. Yang lebih penting jika sesuatu organisasi dapat melakukan aktiviti bersukan secara bersama, hubungan antara kakitangan akan lebih akrab dan komunikasi akan lebih mesra.


Emcee sedang memberi penerangan peraturan permainan

Bersemangat..sampai 'black-out'..

Meor dengan aksi bersahaja

Hj Ahmad paling menyerlah permainan..sampai lupa kampung..

Dah lama tak main, tapi masih berbisa - Bahari ( kiri sekali )

Dulu main sukan gusti - Mamu Ismail ( kiri ) bersama Zack & Sharul

Anasron, Nasfu & Aveda ...boleh tahan skill..

Rizamry, Nizam & Zubaidah..semangat sungguh...

Pasukan oren ..Din, Wan & Zarimy

Tahniah kepada semua kawan-kawan yang sudi menyahut cabaran.Insyaallah jika ada masa dan permintaan, satu lagi kejohanan akan menyusul. Semoga seluruh ahli keluarga JKKP Sarawak akan terus bersatu dan ceria-ceria selalu! Marilah kita sama-sama buktikan, tinggal di Bumi Kenyalang ini sentiasa memberi pelbagai ilham dan kenangan manis untuk dibawa pulang nanti.

2 comments:

  1. Bila nak buat game lagi?

    ReplyDelete
  2. Seronok tengok kawan2 happy kat sinun...Bila nk buat friendly dgn team N9?

    ReplyDelete