Friday 6 November 2009

Keindahan Mencari Cinta

TARIKH : 31hb Oktober 2009
TEMPAT : Bangunan HIKMAH Kuching.

' Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa'. Itulah ungkapan yang sering diucapkan setiap kali aktiviti remaja dijalankan. Lepas satu program, satu program lagi datang.
Setakat ini pelbagai program yang telah dijalankan seperti Aku Bijak Jauhi Zina ( ABJZ ), Remaja Rai Ramadhan ( 3R ), Kem Aulad Bestari dan sebagainya. Semua nya mendapat sambutan yang sungguh luar biasa.

Seorang teman pernah berpesan..di bumi Sarawak ini peluang untuk berdakwah terbentang luas. Asalkan anta ada kemahuan.

Betul..betul...betul...Kekadang usaha yang dilakukan secara sukarela itu akan menghadapi banyak rintangan. Macam-macamlah perkara yang hendak dilakukan setiap kali ada aktiviti seperti yang aku sebutkan. Tetapi Allah yang mengaturkan segalanya.

Bagi mereka yang terlibat secara langsung mengikuti program, tentu akan terasa kemanisannya. Macam aku yang tenggelam timbul ni..Tuhan saja yang tahu. Kekadang terasa sedih dan kasihan juga melihat sahabat-sahabatku bertungkus lumus berusaha menjayakan sesuatu program..semoga Allah memberkati usaha kalian.

Terjumpa aku sepotong ayat Al-Quran dari Surah At Taubah ayat ke 9 yang bermaksud " Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh ( urusan ) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah ( dengan menjalankan perintah-Nya ). Dan ( ingatlah ), sesiapa yang melakukan demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi."
Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan iman. Tabahkanlah hatiku dalam melaksanakan kewajipan kepadaMu. Ya Allah! Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada sahabat-sahabatku yang sentiasa memperjuangkan agamaMu.

Tahniah kepada Cikgu Sukri, Radhiah, Rozie, Karmila, Rasidah, Afifi, Razi, Anesa, Hazel dan kakitangan Darul Falah serta sahabat-sahabat yang lain dalam menjayakan program kali ini.

## Maafkan hamba kerana tidak dapat mengikuti sepenuhnya program kali ini.

No comments:

Post a Comment