Monday, 27 July 2009
Laut Membiru Bukan Pemisah
MANDI LAUT
TARIKH : 26hb Julai 2009
TEMPAT: Pantai Pasir Pandak Santubong.
Balik dari qiamullail di Masjid Al-Muttaqin Kota Samarahan terus ke program di Masjid Al-Muhajirin Matang Jaya. Sebelah petang sebelum solat Asar, anakku yang sulung kejutkan.." abah..bangunlah.. kata nak bawa kami pi pantai...". Mata aku yang masih mengantuk cepat-cepat ku buka seluas-luasnya. Memang anak-anakku kalau dah janji dok sebut yang tu lah selagi tak tertunai.
Di sini tiada pilihan lain untuk mandi pantai. Pantai Pasir Pandak ini paling dekat dengan rumah aku lebih kurang 25km. Kebetulan sebelah petang air pasang..boleh tahan jugak airnya. Gambar kat atas cuma hiasan saja. Aku cuma sebagai 'beach boy' saja kerana anak-anakku sungguh teruja mandi laut.
Petang-petang kat pantai ni ramai jugak yang mandi manda. Tak jauh dari pantai ni ada sebuah lagi pantai iaitu Damai Laut ( Pantai Santubong ). Dekat sangat dengan Gunung Santubong.
Lepas mandi kena rojak buah semangkuk..dalam perjalanan pulang berselisih dengan kenderaan polis yang mengiringi mana punya VIP. Kat Kuching dua tiga hari ni meriah, mana dengan Jom Hebohnya, Mesyuarat Majlis Raja-raja di mana Kuching menjadi tuan rumah dan Regatta Sungai Sarawak. Aku kalau majlis yang ramai-ramai ni bukan sesuai sangat dengan jiwa..nak keluar takut jalan 'jam'..boleh tahan 'jam' kat Kuching ni. Bagus jugak sekali sekala pi mandi laut ni..sekurang-kurangnya nasi kat rumah disapunya licin..( lepas mandi perut lapaq )
" Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab ( Lauh Mahfuz ) yang terang nyata."
Ayat 59 Surah Al-An'aam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment