Monday 27 July 2009

Bulan Puasa Hampir Tiba

Fasi-fasi yang sungguh mesra
Ainol kusyuk dengan anak-anak buah
Tepuk semangat...sekali lagi....
Selamat Hari Lahir Sayang


KEM AULAD BESTARI ( KAB )
TARIKH : 26hb Julai 2009
TEMPAT: Masjid Al-Muhajirin, Tmn Matang Jaya, Kuching.
" Jom Berpuasa "

Program setengah hari ini terbuka kepada semua kanak-kanak berumur di antara 6 tahun hingga 12 tahun. Pada mulanya jawatankuasa kurang pasti kehadiran peserta kerana pada hari tersebut ada program Jom Heboh di Kuching. Biasanya program bagi membentuk sahsiah anak-anak kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan program yang lebih 'heboh'.

Syukur Alhamdulillah keseluruhan peserta yang hadir adalah seramai 50 orang.
Pelbagai pengisian menarik seperti mari menghafal, mari bercerita, jom muhasabah diri dan bermacam lagi dapat dijalankan dengan lancar. Fokus adalah tentang kedatangan bulan puasa.

Anak-anak yang lahir pada bulan Jun & Julai turut diraikan dengan diberi kek hari lahir. Sebagai galakan setiap anak-anak ini diberi 'gula batu' ( gula-gula ) bila soalan yang diberikan berjaya dijawab. Penanda buku niat berpuasa diberikan sorang satu moga-moga terlekat di dalam hati mereka.

Tahniah kepada krew-krew KAB kerana berjaya membawa pesawat dengan baik walaupun Ketua Krew – Cikgu Kartini tidak dapat bersama menjaga anaknya yang kurang sihat di rumah.

" Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahi ( hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat )" –
Ayat 64 Surah Al-'Ankabut.

No comments:

Post a Comment