Sunday, 19 July 2009

Tahniah Qari Sarawak


18 Julai - Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman dari Perak mengekalkan gelaran juara qariah manakala Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan dari Sarawak muncul juara qari pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 di Dewan Canselor Universiti Petronas (UTP) di sini malam ini.

Mereka menewaskan 27 peserta lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang bermula Selasa lalu.
Sharifah Khasif yang memperoleh 80 markah menerima hadiah wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan, cenderamata, pakej haji dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.
Awangku Omar Asfuaddin yang menerima 81 markah turut menerima hadiah sama yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Sementara itu, peserta tuan rumah, Anuar Hasin muncul naib juara qari selepas memperoleh 80.33 markah diikuti Abdullah Abdul Wahid dari Sabah di tempat ketiga dengan 79.67 markah.

Johan qari tahun lalu, Shamsul Ariffin Supian dari Perak sekadar mendapat saguhati.
Bagi kategori qariah pula, Nor Azrah Ayub dari Johor di tempat kedua selepas mendapat 79.67 markah mengatasi Normalina Alias dari Wilayah Persekutuan di tempat ketiga dengan 76.33 peratus markah.

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan RM5,000 serta cenderamata dan sijil penyertaan.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

## Kat Sarawak ni memang ramai qari & qariah yang berbakat. Sebelum Solat Jumaat akan berkumandang suara asli (bukan tape) dapat didengar melalui corong-corong speaker masjid.Begitu juga setiap kali ada hari kebesaran Islam, setiap masjid dan surau akan mengadakan aktiviti seperti berzanji, nasyid, ceramah dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment