Sunday, 9 August 2009

Minggu Yang Menguji Fizikal & Mental

Pintu gerbang nak ke Bintulu Lumber - ingatkan Jurassic Park
Sempat bergambar bersama Pengurus Kilang di depan rumah tetamu
Yang ni la pelakon iklan DiGi....duduk dekat dengan dia ada 4 bar signal

TARIKH : 04hb ~ 07hb Ogos 2009

Tuhan saja yang tahu...itulah yang boleh aku katakan. Minggu lepas aku ke Bintulu. Ingatkan dah boleh berehat sikit. Ada pulak kes maut di sebuah kilang kat Miri. Kali ini aku dan Hj Nazron ( Hj Yon ) diamanahkan ke Miri. Nak ringkaskan cerita....

04hb Ogos
– 6 pagi aku pi jemput Hj Yon kat rumah..terus ke LTAB Kuching, letak kereta kat DCA..tawakal saja letak kat sini. Flight dari Kuching ke Bintulu 7.30 pg.
– 8.30pg sampai la Bintulu. Terus pi ambil kereta pejabat di DCA Bintulu. Sarapan di Bintulu..isi tangki perut betul-betul.
– Hj Yon pandu kereta dari Bintulu ke Miri melalui jalan pantai ( jalan baharu ). Ini kali pertama aku dengar Hj Yon mengeluh...penat bebbb..jalan kat sini sempoi..macam bawak kuda..beralun-alun. Kiri kanan perjalanan kami banyak pembakaran terbuka yang menyebabkan jerebu yang sangat teruk. Jarak penglihatan agak terbatas. Dalam perjalanan sempat sms pengarah P.Pinang. Rupa-rupanya lepa dok meeting jabatan.
– 2 petang sampai Miri. Check in di Dynasty Hotel. Pi terus ke kilang buat siasatan kemalangan. Selesai pi Mini Stadium Miri..ada pulak kren nak di periksa. 6 petang kat sini dah nak gelap ooiiii…
– Selesai periksa kren terus pi makan malam…dari tengahari belum makan lagi..
– Tidoq awal..letihhhh

05hb Ogos
- 8 pagi dah pi satu tapak bina buat suprise visit sebab akan ada perasmian oleh YB Menteri kat sebelah site tu dua minggu lagi. Kat sini construction 7.30 pagi dah jalan kerja.
- Pi lagi 2 tempat kerja dan selepas 1.30 tghr terus ke Bintulu.
- Dari Miri ke Bintulu ikut jalan lama. Ada dua ladang sawit nak kena buat inspection. Kalau ikut perancangan tu dah kira betul laluannya. Tapi apakan daya...terlajak terlalu jauh..lebih 70km saja. Pusing dalam estate boleh sesat.
- Ada satu kilang sawit lagi yang nak kena pi. Kata pengurus kilang dari simpang jalan besar cuma 24km. Apa nak buat..24km dengan jalannya yang tidak bertar...menyebabkan kami terpaksa bermalam di Rumah Tetamu di ladang sawit Bintulu Lumber..nak balik ke Bintulu jalan gelap dan berdebu..thank you Mr Wong bagi kami lojing di sini. Malam tu hanya makan malam 'mee segera'.

06hb Ogos
- Seawal 7.30 pagi kami keluar dari estate terus ke Bintulu. Sepanjang perjalanan dari estate ke Bintulu jumpa ular tedung & ular katam tebu atas jalan perkara biasa. Buat siasatan kemalangan maut di MLNG Bintulu. Rafizal & Syarudin dah lama tunggu.
- Wife aku pulak talipon..keempat-empat orang anakku demam. Dari jauh hanya mampu aku berdoa kepadaNya semoga dilindungi anak-anakku dari sebarang bahaya dan bencana. H1N1 di Sarawak menular dengan cepatnya. Kat Sarawak dah lama tak hujan.

07hb Ogos
- Pagi-pagi lagi dah keluar dari Hotel Hoover pergi ke beberapa kilang
- Kelam-kabut pi hantar barang kes ke Jab Kimia Bintulu dan hantar kereta pejabat sebelum 5.00 petang.
- 9.00 malam sampai di rumah dengan disambut oleh anak-anak kesayangan. Mereka sememangnya memahami abahnya keluar mencari rezeki dan kalau diceritakan susah payah bekerja di bumi bertuah ini hanya Allah sahaja yang tahu.

No comments:

Post a Comment