Saturday, 30 November 2013

Kembara Ke Negeri Di Bawah Bayu

Tiba-tiba saja bila ada aktiviti yang tersangat menarik aku teruja pula nak menaip.
Bukan program lain tak menarik tetapi semangat menaip agak kurang dan mengarang ni sangat memerlukan ketenangan dan sudah pastinya tidak mengantuk.
Kali ini nak cerita kembara ke Sabah.

Tarikh : 23 hingga 27 November 2013 ( Sabtu hingga Rabu )
Jumlah Peserta : 6 dewasa dan 8 kanak-kanak
Kenderaan : 2 buah Toyota Avanza
Ketua Rombongan : Zainee Mohamad ( my boss )
Penyediaan Makanan : Chief Jamilah & Chief Nurliana
Jumlah Perbatuan : Lebih kurang 1200km pergi dan balik
Waktu Bertolak : 8.30 pagi

Langkah Keselamatan :
1. Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik (servis dahulu )
2. Minyak perlu diisi sepenuhnya
3. Passport, lesen memandu dan cukai jalan tidak tamat tempoh
4. Tempat penginapan ditempah awal
5. Membawa bekalan makanan & minuman
6. Tidur mencukupi dan elakkan makan ubat yang mengantuk
7. Sebaiknya solat hajat dan solat musafir sebelum keluar rumah
8. Maklumkan pada jiran tentang ketiadaan di rumah
9. Bateri handphone atau kamera mencukupi

23 Nov 2013 ( Sabtu )
Berkumpul di stesen minyak Shell Permyjaya jam 8.30 pagi.
Pada masa ini anak-anak sudah mula teruja.
Kenderaan melalui Jambatan Asian di Kuala Baram dengan tol hanya RM10 sehala.
Untuk sampai ke Sabah perlu melalui Brunei - Limbang - Brunei - Lawas - Kota Kinabalu.
Kena melalui pemeriksaan imigresen 8 kali pergi dan 8 kali balik dan 2 kali imigresen Sarawak - Sabah.
Sampai di Kota Kinabalu pada pukul 6.30 petang dan bermalam di apartment Cybercity RM160 semalam.
Sesuai juga untuk 2 keluarga sebab ada 2 bilik dan lengkap.

Doa naik kenderaan jangan lupa.

Jambatan ni buka pukul 6 pagi dan tutup 10 malam.

Melalui pemeriksaan imigresen Malaysia & Brunei

Jalan yang cantik dan papan tanda yang segar

Satu tol sahaja yang jumpa di Brunei ni..$3 sahaja sehala

Cari Kuala Lurah untuk ke Limbang

Pemeriksaan seterusnya

Hanya di Brunei 

Kelajuan 100 km/jam. Awas speed trap.

Jangan terkejut!

Sepanjang jalan kelihatan peringatan ini.

Berhenti di Masjid Limbang solat zohor & keluarkan bekalan.

RM8 sehala jarak yang cukup dekat untuk keluar Limbang.
Insyaallah jambatan dah nak buka tahun hadapan.

Lawas akan ada jambatan cantik

24 November 2013 ( Ahad ) Pulau Memutik

9.30 pagi dah sampai jeti Jesselton.
RM250 pergi balik termasuk kelengkapan snorkeling.

Jeti Pulau Memutik. Bayaran masuk RM3 dewasa. RM1 kanak-kanak.
Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Gaya dekat sahaja.

Macam comel jer...macam cantik jer..
Indahnya ciptaan Allah!

Siap bagi makan lagi ikan tu...nemo ada tak?

Hati-hati takut kamera masuk air...bertukarlah kepada Xperia Z.

Bekalan yang disediakan oleh dua orang chef.
Terima kasih chef Jamilah dan chef Liana.

Masih tak puas dah nak balik

2.45 petang bot dah sampai. Insyaallah lain kali pi pulau lain pulak

25 Nov 2013 ( Isnin ) Tamparuli - Kundasang
Rumah terbalik di Tamparuli ini dikatakan yang ke-5 dibina di dunia dan pertama di Malaysia.
Bayaran masuk RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak.
Gambar di dalam rumah tidak dibenarkan ambil.
Denda RM100 jika mengambil gambar di dalam rumah.
Ais krim RM2 sebatang.
Cuti sekolah kena beratur panjang.

Kereta tuan punya rumah 

Berapa la kos sebenar buat benda macam ni..??

Nak masuk jangan lupa pukul gong

Melalui jambatan Tamparuli

Kundasang
Sampai sebelum 1.30 petang melalui jalan berbukit-bukau.
Pastikan anda fokus!

Seronoknya sampai Kundasang..sejukkk..

Inilah May Homestay tempat kami bermalam. Harga RM200 semalam.
Ada 3 bilik, siap dengan dapur dan pemanas air.
Kipas angin dan air cond jangan dok cari..dah sejuk.
Tak jauh dengan ladang lembu.
Boleh telefon Emelda 012-8333198.
Orangnya peramah termasuk ibunya.
Jangan bimbang..Muslim.

Memang sesuai untuk dijadikan tempat penginapan.

Selepas makan nasi, pi tengok ladang lembu.
Rasa macam suasana di New Zealand kata orang.
Kat sini masuk RM3 dewasa.
Kebetulan musim hujan, jalan agak becak.
Kalau nak pi jangan lewat sangat, 4.30 ptg dah tutup..lembu nak tidoq.

Semua baka import. Makan pun ikut masa.

Dianggarkan 600 ekor lembu diternak di kawasan ini.
Selain dari itu ada juga dibela kambing sanen.

Jangan lupa menikmati susu segar dan ais krim.

Bos aku ni dengan susu tak boleh lepas..

Pekan Kundasang

Sayur cukup banyak dan segar bugar.
Jangan lupa beli bunga di sini...hadiah untuk yang tersayang.

Antara 5.45 pagi hingga 7.30 pagi biasanya puncak Gunung Kinabalu akan kelihatan.

26 November 2013 ( Selasa )
Check out awal, ronda sekitar Mesilau.
Keluar dari Kundasang pukul 10 pagi.
Singgah membeli belah di Nabalu.
Di sini kalau nak beli pulut hitam..cantik..murah!
Balik terus ke Limbang sampai pukul 7 mlm.
Bermalam di Purnama Hotel.

Dugaann...cobaannn..tayar terkena dawai besi.

27 November 2013 ( Rabu )
Awal pagi ronda-ronda di Tamu Limbang.
Isi minyak penuh lagi terus gerak pulang.
Sempat singgah Bandar Seri Begawan.
Solat di Masjid Hasanol Bolkiah. 

Indah senibina masjid ini.

Alhamdulillah selamat sampai di Permyjaya 3.30 petang.
Semoga Allah memberkati kembara ini.
Banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi.
Terima kasih kepada saudara Zainee serta keluarganya yang sudi mengikuti kembara ini.
Tidak lupa kepada isteri & anak-anak yang kurang meragam dan banyak membantu.
Juga kepada rakan-rakan yang mendoakan perjalanan ini. 

4 comments:

  1. Wahhhh.. Che mi bwk keta kat sne sng la nk g mne2..best2..

    ReplyDelete
  2. Untunglah dah dkat pi sana hehe..siap jambatan tu senang sikitlah pjalann lagi, yg penting enjoy..

    ReplyDelete
  3. Ayo bosku Semuanya,
    Yuk iseng bermain game untuk mendapatkan uang tambahan setiap harinya Hanya di arena-domino.net
    Modal Kecil Dapat Puluhan Juta ^^
    Bareng saya dan teman-temanku yang cantik-cantik loh !
    Info Situs www.arena-domino.net
    yukk di add WA : +855964967353

    ReplyDelete