Friday, 28 March 2014

Bario Sarawak

17hb Mac 2014
Diberi kesempatan menjejak kaki di Bario sememangnya suatu pengalaman yang menarik.
Terima kasih Farizal kerana meletak nama aku untuk bersama-sama membuat kerja-kerja KKP di Bario.
Mungkin ini hadiah bagi aku yang sudah genap 5 tahun di bumi Sarawak ini.

Perjalanan ke Bario boleh melalui darat antara 12 hingga 14 jam dan paling mudah menggunakan 'belon' hanya sekitar 45 minit.

Aku naik 'belon' twin otter saja..penumpang paling sikit dan boleh menyirap darah..hehe.( ini bukan kali pertama bagi aku ).

Doa banyak-banyak naik kenderaan udara ni.
Maklumlah semasa penerbangan aku ni, masih panas tentang tragedi kehilangan MH370.

Pemandangan yang cukup cantik semasa melalui ruang udara ke Bario membuatkan kita termenung sejenak kebesaran ciptaanNYA..

Sambil bekerja sambil melihat keindahan alam.

Pemandangan dalam pesawat

Bagi yang gayat diharap tidak terlalu layan pemandangan ke bawah

Bandaraya Miri yang permai

Subhanallah...hebat ciptaanNya

Selamat Datang Ke Bario !

Dah kira maju..kilang padi pun ada

Bayangkan, bagaimana mesin ini boleh sampai ke sini ?

Ni la dikatakan 'jemuq' padi

Yang ni nama dia tampi padi untuk buang hampa

Belum di 'polish'

Tak kan inspection tengah hutan ni..?

Boleh tahan, 15 ke 20 minit juga beralaskan 'safety shoe'

Nahhh...pondok apa ni..?

Ni la tempat masak garam ..kira Industri Kecil Sederhana kot ?

Kebetulan hari ni, tak ada orang buat kerja

Telaga airnya masin..tapi sedap. Digunakan untuk buat garam

Sempoi tempat memasak

Kalau minum selalu Insyaallah sihat...tapi tak boleh lebih takut darah tinggi.

Homestay Zahara ( 014-9926423 ). Satu malam RM85 satu bilik termasuk 3 kali makan.
Jangan dok mengada-ngada...air-cond mana ada..

Ada padi masak dan masih belum dituai

Rumah Dato' Idris Jala. Ramai di Bario dapat gelaran Dato'.


Kakitangan Klinik Kesihatan Bario yang cukup 'sporting'

Mana tau ada sedara mara dipindahkan ke sini..

Pemandangan di pekan baru Bario..relaks jaa..

Harga subsidi..lebih kurang sama dengan bandar

Tugu peringatan bagi mereka yang terkorban.

Di bandar pun tak dapat harga macam ni..

Ada kem askar belakang homestay

Ladang nanas Pak Mus

Sejukkkk...tenang fikiran..ku lontarkan jauh-jauh... 

Kubur anak Pak Mus, Iskandar

Pemandu pelancong..hehehe

Cari tanah la kat sini..Farizal & Dunstan

Aku impikan ada ladang,factory dan kandang kuda..

Kucing ni pun tau sejukkk

Barang-barang yang ada di Bario..tak susah-susah nak bawa bekalan, semua dah ada..

Nanti kita aturkan kembara di Bario..3 hari 2 malam

Selamat Tinggal Bario..

Kaya dengan sawit...
Bagi mereka yang nak ke Bario, tak perlu risau tentang makan dan tempat tinggal..Insyaallah cukup,,
BSN pun ada di sini. Cuma kad kredit jangan harap laa..
Nak datang honeymoon pun bagus...nak kurangkan stress pun bagus...tepuk dada, tanya kocek..( ada RM ke tidak )
Talian bagus di sini dapat kepada Celcom!
















2 comments:

  1. Assslamualaikum. Ada contact info Pak Mus Homestay?

    ReplyDelete
  2. salam..
    sy nak minta contact pak mus homestay boleh?

    ReplyDelete