Thursday 10 April 2014

Jauh Perjalanan Banyak....

Diberi kesempatan bersama keluarga sempena cuti sekolah baru-baru ini.
Dah lama sangat merancang untuk jalan-jalan ronda Sarawak.

Kali ini pergi Bintulu - Sibu - Mukah - Bintulu - Miri.
Perjalanan bermula pada 23hb Mac 2014.
Ikut jalan lama Miri-Bintulu. Hampir 210km dengan peruntukan masa 3 jam.
Dalam perjalanan singgah sekejap di Simpang Ngu Batu Niah.

Aku pernah naik bas dari Miri ke Sibu. Perjalanan hampir 8 jam.
Perhentian Batu Niah merupakan destinasi wajib bagi bas dan juga kenderaan berat lain.

Gambar-gambar dalam cerita ini aku campur dengan kenangan naik bas.

Pekan Ngu Batu Niah. Dari Miri ke sini hampir 2 jam dengan bas
Sepanjang perjalanan Miri -Bintulu, kita akan dapat melihat deretan rumah panjang yang unik dan cantik-cantik.
Kiri kanan hutan menghijau membuatkan terasa segar memandu.

Biasanya kalau jalan jauh, isteri kesayangan akan memastikan bekalan makanan mencukupi.
Air, nasi, lauk, makanan ringan semua diangkut.

Bermalam di tempat yang cukup biasa bagi aku. Kemena Plaza Hotel Bintulu. Hanya RM118 semalam.
Tempat letak kereta yang baik. Bilik yang kemas dan selesa buat aku sekeluarga.
Pantai Tg Batu Kidurong

Cukup seronok kalau boleh jalan-jalan

Nak mandi ? Maaf..tengok ombak tu..!

Sesuai bawa keluarga ke sini..

Masjid As Syakirin Bintulu

Seni bina yang indah

Pasar Sibu

Pemandangan biasa di Sibu...sibuk..

Comeii ayam-ayam ni 'dibedung'

Jom ke Balingian. Kebetulan PRK..

Aku pernah lalu jalan ni semasa ianya teruk..sekarang dah boleh pecut.

Masih cantik rumah panjang ini

Dah nak masuk Mukah

Stesen bas Mukah

Nampak tak Hotel Sarina ? RM 85 semalam. Puas hati !

Antara tempat peninggalan sejarah

Di Mukah hanya ada 2 stesen minyak yang aku jumpa. Shell & Petronas

Jika letih singgah sekejap di sini.


Kalau nak balik dari Bintulu ke Miri, ambil jalan tepi laut. Kalau lewat malam tidak digalakkan kerana jalan agak gelap dan mencabar. 


1 comment:

  1. As Salam...nak minta tolong sikit...boleh tak post number phone untuk hotel sarina.....tq

    ReplyDelete